Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

sarapan apa pagi ni?

salam semua,

sempat menjengah sini sebelum memulakan aktiviti harian... sebenarnya anak dara tu belum bangun leh la aku nyinggah kejap...

pagi ni aku sibuk nak buat nasi minyak tapi tengok-tengok resepi ada minyak sapi la pulak... bukak peti nampak butter terus godeh-godeh gak jadi la nasi butter... hehehe... separuh orang putih dah ni...

jap lagi nak masak rendang ayam lak... tengah cairkan ayam beku tu jap...

harap-harapnya anak bujang sulung tu nak la makan nasi dah 2 hari dia tak makan sangat... lauk tak bape kena dengan dia la tu.... ok kalau jadi kang aku snap2 ye....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus