Restoran Tursina Kuantan - Cerita Ita                                                             Restoran Tursina Kuantan Langkau ke kandungan utama

Restoran Tursina Kuantan

salam sejahtera semua,

hari tu tekak aku ni kan.... teringin nooo nak makan sup gearbox...

ni penangan dah makan sup gearbox sedap kat JB aritu la ni...

nak dijadikan cerita kami ni mencarilah di Kuantan ni restoran yang jual sup gearbox ni... ternampak la pulak satu papan tanda...




jadi hujung minggu hari tu kami gi cuba makan kat situ...

diiringi dengan hujan renyai-renyai... romantik kan? ahaksss...

tapi diselangi pulak dengan kemeriahan suara-suara raksasa kami mengcontrol anak-anak... alahai ni yang aku bercinta sangat bila nak makan kat luar tau...

kami dengan penuh semangatnya memilih meja yang best yang tentunya berada di bawah pengudaraan kipas yang baik... ye la nak makan sup kan?

dah siap pilih meja... pilih air pulak... lama jugak melayan 2 anak bujang kecik tu memilih... dan inilah hasilnya...



pastu ini part tak bestnya... bila je kami order sup gearbox...boleh pulak pelayan tu kata.."kejap eh"..
pastu dia datang balik.."sup gearbox takde"... aiii? baru pukul 6 lebih kan... takkan dah abis pulak?
dia jawab lagi "sup gearbox tak tentu ada...kadang-kadang ada...kadang-kadang takde" selamba je muka dia...

ala kalau camtu baik ko tulis kat signboard tu "SUP GEARBOX MACAM BISKUT" kan? senang!

pastu tukar menu la pulak... kami makan ini je la... nasi goreng-gorengan....



ditambah pulak dengan sup-supan...(sup tulang dan sup ekor)...


tapi... ada tapi tau... komen aku... baik aku masak je kat rumah.. lagi puas hati...pasal tekak aku rasa tak sedap...

dah la tandas yang diorang sediakan berkongsi lelaki perempuan dan berkongsi pulak dengan pekerja dia untuk mandi segala... hish... sangat kurang sopan la kan? masa shah hantar abg long ke tandas ada pulak yang keluar pakai tuala je... aduhai...nasib bukan aku yang hantar .... ;)

meh layan budak kecik yang cuma boleh makan sup je ni...



p/s nak berniaga biar ikhlas ok...

Ulasan

  1. Susah kan nak cari restoran yang memenuhi selera dan piawaian kita di Kuantan... Kami pun selalu pening kepala sebab ada sekali makan kat satu kedai nie, esoknya hubby masuk hospital, cirit birit teruk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpe kak...hrga boleh tahan mahal..xsedap lnsung..

      Padam
  2. aaa..sanggup tahan dari masuk toilet mcm tu...mau mak! :)

    BalasPadam
  3. Ye ke dok mu ni...aku slalu la mkn kt cni...ko ni sje nk wt citer kn...masyaallah2...ckp mende laen la lg baek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini pengalaman kami..pengalaman org lain mungkin tak sama..kalau org lain rasa sedap alhamdulillah tp bg kami mmg xkan pegi lg.. lg pun ini berlaku thn lepas..mungkin restoren ni dah berubah byk..sapa tau kan? ;)

      Padam
    2. ini pengalaman kami..pengalaman org lain mungkin tak sama..kalau org lain rasa sedap alhamdulillah tp bg kami mmg xkan pegi lg.. lg pun ini berlaku thn lepas..mungkin restoren ni dah berubah byk..sapa tau kan? ;)

      Padam
  4. kami mkn ok jer...mgkn selera jawa lain kot

    BalasPadam
  5. Apa kaitan jawa kat sini? Tekak negro kau tak sama dgn tekak kami yg jawa ni ke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum