Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Durian dan anak-anak

assalamualaikum semua,

waktu balik kampung minggu lepas merupakan masa yang agak tepat bagi kami... nak tau pasal apa? sebenarnya sebelum tu adik aku dah sibuk-sibuk hantar gambar durian abah kat dalam facebook... terliurnya bila tengok... maklumlah durian yang segar baru gugur... jauh beza dengan durian yang kami beli sebelum ni... dan kami sebenarnya dah berkira-kira bila la boleh balik nak merasa durian yang abah tanam tu.... bukan la durian mahal pun sebenarnya tapi cukuplah aku kata rasanya tu boleh buat kami teringat-ingat...

percuma
durian tepi kolam abah


bila ada pokok durian di rumah kita ni feel dia lain sikit dari ko pergi beli durian dan makan tu... walau durian yang mahal beribu pun... pada aku la...keseronokannya tu lain... kepuasan menikmatinya pun lain... 

mengintai dari celah dahan

yang ni pun tak berapa clear


buah abah tahun ni tak la banyak sangat... dan tak jugak sikit sangat... cukuplah untuk menampung keluarga abah yang semuanya kaki makan durian... huhuhu.... cuma cucu-cucu je yang ramai memilih... terutamanya anak-anak aku la... cuma kakak Husna je yang boleh join ummi dengan ayah dia makan durian... yang lain tengok pun tak nak....


nak dijadikan cerita selepas rawatan abah ditangguhkan kami buat keputusan untuk tinggal sehari lagi kat rumah abah... nak jugak bersedia dengan segala kemungkinan... dan rezeki kami jugak sebab hari ahad tu takde sebiji pun durian yang gugur... dan hari Isnin tu....jeng...jeng...jeng... nah ini la rezeki buat kami.... alhamdulillah....

durian kampung kami



tengok pulak abg long punya bersemangat nak mengutip durian yang gugur .... dalam pada tu sempat jugak berbunyi... "saya seronok nak pungut durian walaupun saya tak makan...kan ummi ?" hehehe....

gigih bersihkan durian yang gugur


nampak muka orang ceria walaupun belum mandi pagi?

siap berlari-lari lagi tau...

tak sabar nak ambik yang lain...

gigih dia bawak walaupun berat...
kalau nak tau masa ni sebenarnya aku tengah kelek adik hadi... penuh la kaki dia kena gigit nyamuk... tapi tetap jugak taknak tinggal kat rumah... huhuhu...

dan petang tu ada lagi yang masih gugur... giliran abg ngah pulak kali ni berlari nak mengutip dengan penuh bersemangat... tak sempat ambik gambar pulak kali ni....pada aku walaupun diorang tak makan sangat durian tu tapi pengalaman mengutip durian ni sebenarnya amat berharga... tak mustahil satu masa ianya akan lenyap macam tu je bagi anak-anak yang tinggal di bandar macam kami... dan paling penting suatu masa nanti mereka ada sesuatu untuk diceritakan pada anak cucu mereka.. :)

durian baru gugur


dan rezeki kami malam tadi dapat la bawak bekal sikit untuk hari ni... balik kang kita makan ye... sedapnya....


p/s esok dah audit... hadap je la... mata ni macam nak terkatup je dah... ngantuknya....

Ulasan

  1. Alahaiiiii....sedapnya durian baru gugur...rindunya suasana kampung...lama dh x balik kampung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah ok semuanya...balik la kampung SA...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. akak pun ada pengalaman kutip durian gugur ni.. tetiba lak terasa sebak

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kak... mesti teringat orang tersayang tu.. sedekahkan alfatihah kak..

      Padam
  3. bukan kata anak-anak je suka.. hihih sedap tu.. duriann

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus