Veterinar : Memilih Doktor Veterinar sebagai kerjaya - Cerita Ita                                                             Veterinar : Memilih Doktor Veterinar sebagai kerjaya Langkau ke kandungan utama

Veterinar : Memilih Doktor Veterinar sebagai kerjaya

Assalamualaikum semua,hari ni aku nak kongsikan sesuatu bagi sesiapa yang beminat untuk menjadikan Doktor Perubatan Veterinar atau dipanggil Doktor Haiwan sebagai kerjaya di masa akan datang... ini disebabkan aku dah terima beberapa email yang mintak untuk dikongsikan info ini kepada umum... tak dinafikan kerjaya sebagai Doktor Veterinar ini merupakan salah satu kerjaya yang agak berpotensi di masa ini... ada fakta pun yang menyokong pernyataan ini...

Memilih Doktor Veterinar sebagai kerjaya



syarat masuk UPM
Malaysia masih kekurangan Doktor Haiwan

Kelayakan Perlu Untuk Menjadi Doktor Haiwan atau Doktor Veterinar


sebelum memulakan kerjaya tentunya perlu untuk adanya ilmu... dan ianya boleh dicari melalui universiti tempatan mahupun luar negara... kalau di Malaysia ni ada terdapat 2 universiti yang sedang menawarkan ijazah bagi Doktor Perubatan Veterinar... universiti tersebut adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)... tempoh pengajian bagi ijazah Doktor Perubatan Veterinar adalah 5 tahun atau 10 semester pengajian...

Syarat Kemasukan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar

Syarat Kemasukan di Universiti Putra Malaysia


Berikut adalah antara syarat permohonan yang diperlukan oleh UPM bagi ijazah ini :


Syarat Kemasukan
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DOKTOR PERUBATAN VETERINAR, FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

a) SYARAT AM UNIVERSITI (Syarat Minimum)

    LEPASAN STPM

    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

    dan


    Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:-

    * Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
    dan

    * Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
    dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

    ATAU

    LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

    Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Melaysia kertas Julai;

    dan


    Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

    LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

    ATAU

    Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Melaysia kertas Julai;

    dan


    Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

    ATAU

    Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

    ATAU

    Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

    dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

    b) SYARAT KHAS PROGRAM

    Syarat

    Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

    LEPASAN STPM

    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

    � Biologi;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

    � Kimia;

    ATAU

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

    � Kimia;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

    � Biologi;

    dan


    Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan dalam mata pelajaran Biologi/Kimia pada peringkat STPM;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

    � Biologi;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

    � Kimia;

    ATAU

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

    � Kimia;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

    � Biologi

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

    Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA dan pengalaman bekerja seperti berikut:

    Pengalaman Kerja

    (Tahun) PNGK/CGPA
    Tiada sekurang-kurangnya 3.500
    3-4 Sekurang-kurangnya 3.000
    5-9 Sekurang-kurangnya 2.700
    Lebih 10 Sekurang-kurangnya 2.500

    dan


    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    CALON BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

    a) Lulus O-level atau yang setaraf dengannya.
    b) Lulus A-level dengan sekurang-kurangnya grade B dalam tiga (3) kursus Sains.
    c) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) atau TOEFL (skor 550) atau IELTS (skor C6).
    d) Surat akuan sekurang-kurangnya daripada dua orang pengadil.

    SYARAT KEMASUKAN LAIN

    a) Fasih dalam Bahasa Malaysia.
    b) Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan.
    c) Taraf kesihatan yang memuaskan.
    d) Tidak buta warna.
    e) Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti.

Syarat Kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan


Berikut pula adalah antara syarat permohonan yang diperlukan oleh UMK bagi ijazah ini :

Syarat UMK untuk jurusan Doktor Perubatan Veterinar



syarat masuk UMK
Syarat UMK untuk jurusan Doktor Perubatan Veterinar




bagi yang berminat perlulah menanam minat lebih awal dan bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memenuhi keperluan dan syarat untuk mendapatkan segulung ijazah... pada aku sendiri sebenarnya ianya memang memerlukan kekuatan mental yang sangat kuat... aku ada ceritakan dulu di dalam entri  Kerjaya dan Kehidupan sebagai Doktor Veterinar...

jika anda betul-betul minat jangan sia-siakan minat anda begitu sahaja... kerana peluang kerjaya sebagai Doktor Veterinar atau Doktor Haiwan ni sangat meluas... dah dinyatakan pun dalam artikel di atas (dalam gambar) terdapat seorang doktor yang menjaga 15000 ekor haiwan di dalam negara Malaysia ini... berbanding dengan seorang doktor menjaga 5000 ekor haiwan di Amerika Syarikat... namun peluang tu perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh kerana di UPM sendiri terdapat lebih dari 4000 permohonan untuk ijazah Doktor Perubatan Veterinar sahaja setiap tahun dan tidak semua permohonan akan berjaya...

untuk mereka yang menyimpan keazaman untuk meneruskan pembelajaran di kedua universiti ini saya doakan anda semua berjaya... juga untuk yang sedang belajar dalam ijazah ini... jangan sia-siakan peluang yang diberi pada anda... semoga negara kita akhirnya berjaya melahirkan secukupnya Doktor Veterinar suatu hari nanti... insyaAllah....


p/s petang ni aku nak balik kampung... tolong doakan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan ye... amat perlu doa kalian.. terima kasih...

Ceritaita




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...