Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat.. - Cerita Ita                                                             Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat.. Langkau ke kandungan utama

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua,

pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami..



arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor..

persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara..

arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya.. 

doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang di sana.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu serta menempatkan kau bersama orang-orang yang beriman.. ingatan bersamamu tetap akan kami kenang selamanya.. entahkan esok lusa kami pula yang akan menyusulimu.. dan semoga kita dijumpakan kembali sebagai penghuni syurga bersama.. amin..


Ulasan

  1. Alfatihah buat sahabat Ita. Moga rohnya tenang di sana bersama para syuhada' dan solihin.

    BalasPadam
  2. Memori bersama pasti terpahat sampai bila-bila
    Semoga almarhumah ditempatkan bersama kalangan org yg beriman.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...