Barangan bayi yang korang wajib ada! - Cerita Ita                                                             Barangan bayi yang korang wajib ada! Langkau ke kandungan utama

Barangan bayi yang korang wajib ada!

Barangan bayi yang korang wajib ada! 

Assalamualaikum semua,  kali ni aku nak cerita pasal barangan bayi yang korang wajib ada tau.. ntah kenapa kali ni feeling macam best pulak nak kongsikan barangan bayi yang boleh manfaat kat semua orang.. walaupun yang takde bayi macam kami ni haa.. hehe.. ada 2 barangan tau yang aku nak share.. Dua-dua barangan bayi best yang wajib ada ni daripada rangkaian produk Littlebean Premium.. Satu tu dipanggil Digital Double Bottle Warmer.. dan satu lagi tu pulak Digital Multi Function Food Processor.. 

Barangan bayi yang korang wajib ada! 


Meh la kita cerita pasal Digital Double Bottle Warmer ni dulu.. kalau disebut bottle warmer mesti korang semua fikir boleh panaskan botol je kan..?  eh a7ku pun sama tau.. memula memang la fikir macam tu jugak.. tapi eh bila dah ada barang ni depan mata.. dan cuba.. laa.. bukan boleh panaskan botol je rupanya.. banyak sangat fungsi lain boleh guna jugak.. nampak sangat la aku ni tak berapa sesuai dah ada baby lagi kot.. haha.. sangat ketinggalan zaman.. 

Littlebean Digital Double Bottle Warmer


Dengan Digital Double Bottle Warmer korang boleh steam botol susu.. boleh panaskan susu dan makanan bayi dan jugak boleh steam buah dan sayuran jugak tau.. bagus sangat untuk sesiapa yang nak cari alat yang ada semua ni dengan LCD Touch Panel je.. ala.. stail panel tekan-tekan je pakai jari.. kelas sangat tau.. yang bestnya korang boleh pre set dulu fungsi mana nak sebelum kita guna tau.. sehingga 15 jam lebih awal la.. best kan?  

kena pulak lagi best bila ada fungsi memori untuk fungsi mana yang korang suka.. senang sangat bila nak gunakan dalam keadaan nak cepat tu kan.. cuma tekan je dan pilih dari memori yang ada.. yang ni boleh guna untuk botol susu yang jenis tinggi tau.. bukan yang rendah je.. sebab penutup dia tu pun tinggi tu haa.. dan boleh masuk 2 botol sekali gus.. 

Littlebean Digital Double Bottle Warmer


untuk tambahkan keterujaan korang, Digital Double Bottle Warmer ni jugak sangat ringan jadi senang la nak bawak bergerak ke mana-mana.. kalau yang jenis travel tu sesuai la nak bawak jenis ni.. pssstt jimat elektrik jugak tau.. aku nak cerita banyak pun malas la.. bagi korang tengok video ni je ek.. bagi "clear" kata orang kampung aku.. hehe.. 



Meh la kita lompat cerita ke barangan bayi kedua yang wajib ada.. Zaman dulu-dulu masa ada baby dulu takde pulak jual bendaalah mudah macam ni.. dulu gigihlah aku rebus atau kukus makanan anak-anak.. tak pun masak dengan slow cooker.. lepas tu gigih jugaklah blend pakai tangan supaya taknak hancur sangat.. sekali bila keluarkan Digital Multi Function Food Processor ni dari dalam kotak.. terus teruja aku bila baca manual tau.. mana taknya hampir semua la yang aku buat secara manual makan masa dua tiga jam kat atas tadi tu dia boleh buat! 

Littlebean Multi Function Food Processor 


mau aku tak kagum kalau macam tu kan?  semua guna satu mesin je.. dia boleh guna untuk stim makanan.. stim buah.. stim sayur.. stim ayam.. stim ikan.. lepas tu korang boleh blend je semua tu dalam mesin yang sama! senang betul la kerja jadinya.. pulak tu panel dia pun sama macam mesin warmer tadi.. stail tekan-tekan je tau.. haha.. moden la sikit kan.. takkan selamanya nak pakai yang pulas-pulas tombol tu haa.. silap-silap terlebih pulas patah pulak tombolnya.. ni macam kes slow cooker aku dulu la ni.. haha.. azab betul.. sampai nak guna pun kena cari player dulu baru boleh pulas.. sedih betul!  hehe..

Digital panel


jadi kalau ada yang jenis tekan-tekan macam ni senang sangat la kerja mak-mak pulak kan.. takde alasan kata tak boleh sediakan makanan sihat buat anak anda.. eh bukan mak-mak je.. yang ayah-ayah pun sama.. takde alasan la taknak ringankan tangan tolong isteri tersayang sediakan makanan anak lepas ni.. sebabnya boleh tekan-tekan je haa.. kerja mudah je.. dah la nak guna mudah.. nak cuci pun mudah je.. takyah beria la korang nak angkat sental-sental bekas tu bagai la.. sebab dia ada fungsi auto clean tu haa.. mudah je pun nak basuh..

Littlebean Digital Multi Function Food Processor 


kalau yang jenis nak diet taknak makanan berminyak pun sesuai la ada satu macam ni.. boleh stim atau kukus je semua makanan dalam tu.. bekas dia tu besar tau.. boleh muat kalau isi macam-macam.. dapat makanan sihat je tiap hari.. lepas ni kalau aku masih gemuk aku rela la korang kutuk aku.. pasal dah ada benda alah ni pun masih malas lagi kan.. haha.. aku pasrah ok.. ok azam kurus kekal untuk 2 tahun!  eh lupa.. meh la layan video untuk Digital Multi Function Food Processor ni jugak ya..



kalau korang terasa berkenan dan nak tau sesangat pasal dua barangan bayi yang korang wajib ada ni.. korang boleh je cari info lanjut dari laman web kat bawah ni ya.. 

Childhood Basic Marketing Sdn. Bhd. 




Ceritaita






Ulasan

  1. Bagusnya ada benda benda ni. Senang terutamanya kalau ada anak kecil yang baru mula makan. Saya memang tak ada maknanya nak beli semua tu sebab rumah kecil, tak ada tempat nak letak. Saya pakai periuk kukus biasa, lepas tu sama ada blend guna blender atau tapis guna penapis je untuk baby saya. dia baru je start makan. kalau ruang dapur besar memang teringin jugak pakai mesin mesin ni sebenarnya

    BalasPadam
  2. Salam Ita... Nak tambah baby ke? Aih...gigih la akak kena scroll balik semua posting. Lama sangat jauh dr blogging lately...hahhaha.

    BalasPadam
  3. bagusnya idea ni. sesuai kalu bagi hadiah untuk kawan-kawan atau sedara yang baru dapat baby baru. bosan asyik bagi baju je..bagi barang macam nie at least berguna sangat untuk si emak tu

    BalasPadam
  4. Banyak banyak must have barang bayi, I rasa yang food processor is the best. Boleh buat bermacam nutritious food for baby.

    BalasPadam
  5. Ala kita masih belum ada anak lagi hehehe bakal isteri pun tak ada hehehehe.. Tapi betul barang berteknologi tinggi macam ni sangat membantu memudahkan kerja ibu bapa kat rumah bagus....

    BalasPadam
  6. Bagusnya ada dua² ni. Mudah sangat pekerjaan ibu² zaman skrg. Almaklum semua bz kerja, pastinya nak kecepatan dalam melaksanakan sesuatu tetapi tetap menjaga kebersihan, kualiti dan keselamatan. Cx rasa macam nak tambah baby pula bila adah ada benda² canggih dan midah serta pantas dlm membantu kita buat kerja. Best betul pakai dok touch² je dah siap. Hehee menariklah!

    BalasPadam
  7. Kakau ada anak kecil arau baby memang wajib barang barang ni ada dalam simpanan kan kak sebab ia mudahkan kerja kita. Yelah dah ada baby ni faham faham sajalah. Macam macam kena buat kan. Bila barang ni ada dah cukup senang dah.

    BalasPadam
  8. Kene ada baby ni kak.. Eh.. Heehe.. Benda ni bukan utk baby je ka kak.. Utk orang macam kita pun boleh guna nak panaskan apa-apa.. Nak belnd makanan.. Kan... Kan.. Hehehe.. Kalau akk taknak gina.. Meh bagi saya.. Hahha

    BalasPadam
  9. I am interested with the food processor. Will be very helpful for me in my kitchen.

    BalasPadam
  10. tak pernah ada barang baby mcm food processor ni. selalunya mahal kan? ni macam affordable dan praktikal. senang kerja nak prepare makanan baby. igt nak dpatkanutk plan next babyhihihi.. senang keje husband nak masakbaby foods nnt.

    BalasPadam
  11. Ouhhh ini utk panaskan air ya. Baguslah utk bayi. Memang penting sangat sbb elok bagi bayi susu yang suam instead of yg sejuk. Parents patut ada benda nie utk dibawa ke mana2

    BalasPadam
  12. makin mudah sekarang untuk parenting stuff bila tersedianya produk macam ni. Bagus dan jimat masa serta tenaga bagi ibu bapa yang sibuk bekerja kan.

    BalasPadam
  13. gadget yang wajib ada bila ada anak kecik ni, akak dah lepas dah zaman-zaman ni. seronok layan selera anak-anak, macam-macam lah nanti menu yang timbul kalau ada gadget macam ni, plus keje mak-mak pun jadi mudah dengan adanya food processor ni.


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  14. Rasa macam familiar for some of the products sebab selalu tengok kakak guna. Mudahkan sekarang ni. Macam2 teknologi ad. hehehe

    BalasPadam
  15. yup.. dua barang ni penting.. masa harraz baby dulu TB just ada bottle sterilizer / warmer je.. itupun hadiah orang bagi.. niat nak beli food processor tu tapi masa tu kewangan tak mengizinkan.. so, TB just guna blender biasa je blend puri harraz.. hehehe.. nanti next baby nak beli lah food processor ni.. menyenangkan buat puri anak kan..

    BalasPadam
  16. nak bagi linkj ni pada anak buah yng baru dapat anak ...manatahu dia memerlukan plus dia bakal bekerja balik so boleh memudahkan dia juga ....zaman kita dulu bebenda ni masih tak ada ....teknologi memeudahkan...hebat

    BalasPadam
  17. memang kedua ni keperluan kan..terutama yang food processor ni..ila anak menginjak usia 6 bulan memang harus dedahkan mereka dengan solid food...so solid food ni better kita masak/sediakan sendiri

    BalasPadam
  18. Wah dah canggih dah warmer little bean. Synye old version lg. Utk baby yg akan lahir lepas raya ni.. Boleh la sy cari food processor ni.. Maklum la semua benda kena sediakan cpt2 bila anak berderet2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat