Ahad, 28 April 2019

Masa mandi lebih menyeronokkan dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar

Assalamualaikum semua, dalam musim panas macam sekarang ni kan.. ada satu tempat yang sangat popular dalam rumah aku.. aku rasa rumah orang lain pun sama la jugak kot.. tempat tu tak lain tak bukan ialah bilik air!  hahaha.. dan tak lain tak bukan aktiviti yang nak dibuat adalah mandi.. hehe.. nikmat tau mandi waktu hari panas.. terasa taknak keluar pun ada.. 

Masa mandi lebih menyeronokkan dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar


Tapi kalau mandi tak guna sabun yang best pun tak guna jugak kan.. kalau dapat sabun yang best harus rasa nak duduk lama dalam bilik air lagi.. lagipun mandi ni bukan sekadar rutin je kan.. kalau untuk anak-anak.. ia merupakan rutin harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga.. Masa mandi jugak merupakan masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan.. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.. 

Disebabkan itulah Carrier Junior, sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan Carrie Junior Bubbly Bar.  Produk Carrier Junior Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi.. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul di permukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu,  hijau dan biru sesuai dengan setiap variasinya.. 

Masa mandi lebih menyeronokkan dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar


Apa yang best sangat Carrier Junior Bubbly Bar ni? Ianya merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit dari kebanyakan sabun.. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain..  Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap.. Gliserin yang terkandung di dalam Carrie Junior Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit lebih lembut..

Suka sangat budak kecik ni.. 

Dalam kotak sabun tu siap ada mainan tau.. 


Carrie Junior Bubbly Bar ini jugak dah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit,  sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit yang apabila digunakan bersama air,  ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.. Ianya dapat memastikan kulit anak korang sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi.. Penggunaannya yang berterusan jugak boleh menjadikan kulit lembut dan gebu.. menyental sabun ketika mandi jugak merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.. 

Ni haa mainan dia.. Set Puzzle! 


Ada 3 pilihan aroma buah-buahan untuk Carrier Junior Bubbly Bar ni.. ianya terdiri dari aroma yang paling menarik dan laris iaitu Groovy Grapeberry,  Cheeky Cherry dan Double Milk yang menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih.. Carrier Junior Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrier Junior,  Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.. 

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana Carrie Junior Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya,  pasaraya besar di seluruh negara.. sabun buku seberat 100 gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (Sabah Sarawak) setiap satu.. 

Ceritaita

1 Luahan Ikhlas:

Rodiah Amir berkata...

Wangi kan sabun ni