Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ - Cerita Ita                                                             Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ Langkau ke kandungan utama

Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ

Assalamualaikum semua, ramai yang dah cerita pasal buffet Ramadan.. sana sini la meriah.. tahun ni kami berpeluang jugak merasa Ramadan buffet di hotel.. aku anggap rezeki family anak ramai ni jugak la.. sebabnya kalau orang dengar je anak berderet yang nak dibawak sekali tu mau gerun semua nak sediakan meja.. hahaha..

Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ

Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ


Dan tahun ni rezeki kami di Summit Hotel Subang USJ pulak.. hidangan “Citarasa Nostalgia” Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ menggamit selera kami tau.. sebabnya terdapat banyak hidangan yang menggamit nostalgia.. tentunya sebab dihidangkan dengan makanan tradisi  bermacam juadah.. ada lebih dari 200 jenis hidangan la untuk semua pengunjung.. kira memang berbaloi kalau datang ni..








Antara makanan yang dihidangkan ialah Satay Raja Alang.. tak sah la kan kalau takde satay.. Briyani Kasih Bonda, sup Gear Box yang popular.. kalau bulan puasa dan raya ni memang antara hidangan yang orang nak cari la kiranya.. tu belum lagi termasuk hidangan asam laksa dan mee jawa lagi tu.. Ada jugak murtabak dan Roti Kirai.. haa mana yang tak tau rupa roti kirai tu wajib datang.. haha.. kalau belah-belah Johor rasanya memang dah glamer dah nama roti kirai  ni.. belah-belah negeri lain aku tak pasti la pulak..





Bukan hanya hidangan tradisi yang akan menambat selera pengunjung tapi jugak ada tarikan lain macam Kambing Panggang, Kentang Lenyek dengan krim.. eh dengan bermacam jenis pencuci mulut pun ada la termasuk ABC.. ada jugak hidangan kerabu yang bermacam jenis tentunya memecah selera korang nanti.. eh lupa.. kalau yang jenis tak makan berat.. nak makan sambil lepak-lepak tu.. Yong Tau Fu pun ada tau.. 









Semua ni dimasak oleh kumpulan Chef yang diketuai oleh Ketua Chef Sakya, yang berpengalaman lebih dari 26 tahun dalam bidang masakan.. pastinya mereka tak akan mengecewakan pengunjung nanti.. Sementara korang makan tu pulak boleh jugak mendengarkan irama dari kumpulan Ghazal yang dijemput khas.. memang terbaik la.. tenang je sambil makan..



Summit Hotel Subang USJ akan mengadakan promosi Early Bird Promotion kepada semua yang menempah sebelum 5 Mei 2019 pada harga istimewa iaitu RM68 nett bagi dewasa dan RM40 nett bagi kanak-kanak.. harga sebelum promosi adalah RM88 nett untuk dewasa dan RM40 nett untuk kanak-kanak.. Promosi Ramadan Buffet bertemakan “Citarasa Nostalgia” ni akan berlangsung dari 6 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 sahaja ok! Jadi sila rebut peluang ya!

Ada juga promosi bilik di sepanjang bulan Ramadan ni.. iaitu pengunjung hanya perlu membayar RM188 sahaja bagi penginapan semalam bersama dengan pakej bersahur untuk 2 orang.. menarik kan? Untuk tempahan berkumpulan atau lebih dari 50 orang boleh juga hubungi Summit Hotel Subang USJ untuk maklumat lanjut.. Pastinya hidangan Ramadan Buffet bertemakan “Citarasa Nostalgia” ni akan mengingatkan korang kepada hidangan nostalgia korang satu ketika dulu.. 




Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan lain-lain boleh rujuk di bawah ni ya..:

Summit Hotel Subang USJ

Hotline : 03-8023 3000 ext 3021 


Ceritaita

Ulasan

  1. Tetiba terasa nak makan Kat sini la pula.. tu la tgk gambar makanan time puasa mvm Ni laa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum