Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk - Cerita Ita                                                             Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk Langkau ke kandungan utama

Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk

Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk


assalamualaikum semua,  korang sibuk ke tu?  tengok sibuk apa je hari Jumaat ni.. ada yg dah ada kat kampung pun ya? awal korang balik kampung.. kami malam ni baru nak bertolak insyaAllah kalau takde aral.. kali ni cuma ada rezeki cuti pendek je.. raya sehari dah kena balik semula ke KL.. kena kerja la, nak buat macamana.. tahun ni la kiranya aku merasa kena kerja waktu cuti umum dan hari raya.. hari ni aku nak kongsikan resepi Pancake gebu dan tetap lembut bila dah sejuk yang aku buat baru ni.. memang sedap resepi dia.. aku sejak guna resepi ni dah tak tukar yang lain dah..

cara mudah buat pancake
 Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk


anak-anak kat rumah ni suka makan gitu je.. kalau tak pun diorang makan dengan filling blueberry atau filling strawberry.. takde pulak yang minat nak letak madu macam orang lain buat.. kalau aku pun lebih suka makan dengan coklat cair ke.. sedapnya lahai.. meh la kita tengok bahan-bahan dan cara buat dia..

Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk

BAHAN-BAHAN


1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Secubit garam
2 sudu besar gula halus / kastor
3/4 cawan + 2 sudu besar susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
1 biji telur gred A, dikocok
2 sudu besar butter, dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper (tapi aku tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA

1. Kena asingkan bahan kering dan basah

2. Satukan bahan-bahan kering –  tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

3. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

4. Masukkan semua bahan basah ke dalam bahan kering.

5. Gaul setakat rata saja, jangan terlebih pukul. Aku guna hand wrisk je.

6. Rehatkan adunan selama 15 minit.

7. Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

8. Tuang adunan tadi (letak dalam sesenduk) dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan. Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

9. Siap untuk dihidangkan.

Kalau aku biasanya kena buat paling kurang 2 adunan.. sebab 1 adunan ni sekali hadap je.. ada la dapat dalam 6-7 keping je untuk satu adunan tu.. lainkali aku macam nak cuba adunan yang sama ni untuk buat apam balik la.. macam boleh je kan.. lainkali la kita cuba..



Ceritaita


Maklumat lain :

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Ulasan

  1. salam sis, thanks kongsi resepi ni, memang tengah cari resepi pancke yang sedap dan lembut macam ni..:)

    BalasPadam
  2. lama suda nda buat pancake.. last buat last year

    BalasPadam
  3. sedap ni. lepas tu letak butter. adui sedap. saya suka yang garing-garing lembut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat