Salam 1 Syawal 1443H/2022M

7:29:00 PG

Assalamualaikum semua, sejak pengumuman raya malam tadi rasanya semua orang macam dah jadi kelam kabut sebabnya ramai yang jangkakan raya jatuh pada 3 Mei 2022. Siapa sangka. 

Salam 1 Syawal 1443H/2022M


Salam 1 Syawal 1443H/2022M

Atas kuasa Allah,  akhirnya 1 Syawal 1443H jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022M.


Dah lama tak merasa keterujaan menyambut hari raya macam ni.. kali terakhir waktu masa belajar dulu-dulu rasanya.. lepas tu sejak dah diselaraskan seluruh negara dan kebanyakan tahun tak nampak anak bulan Syawal.. raya seperti yang dikira dalam kalender. 


Elok la jadi pengalaman mana-mana generasi baru yang belum pernah merasa pengalaman melompat depan tv bila dengar pengumuman raya. Kami dah biasa dulu-dulu.. Siap muka kecewa bila diumumkan raya lewat pulak sehari sedangkan semangat raya tu dah ada.. macam-macam la.. 


Apa pun didoakan semoga Allah menerima amal kami dan kamu dan semoga sepanjang tahun ini kita semua berada dalam kebaikan. amin...


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari Kami Sekeluarga 


Ceritaita

You Might Also Like

4 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini