Si Adam kena jangkitan HFMD

11:23:00 PTG

Assalamualaikum semua,  dah penghujung bulan mei dah pun. Bulan ni banyak betul cerita sebenarnya. Sampaikan tak tertulis dah dalam blog ni. Antara kisahnya anak kami Si Adam kena jangkitan HFMD. 

Masa ni ruam kat bawah mulut dia dah mula keluar


Si Adam kena jangkitan HFMD! 


Asalnya kami balik beraya aritu la.. Adam kena jangkitan dan dapat demam panas. Dia mula demam masa malam raya keempat. Waktu aku dah mula rasa tak sedap hati sebab dia melepek je. 


Tapi lepas tu demam dia dah kebah sikit. Jadi ingatkan ok je la. Rupanya dia jadi melarat pulak dengan selsema dan batuk. Lagi la aku tak sedap hati. Masa tu kami dah balik rumah kami di Kuantan. Sebab nak selesaikan projek homestay kami jugak. 


Selesai projek homestay tu kami terus la buka untuk tempahan. Nanti la aku cerita kisah homestay.  Pasal Adam ni,  aku tak sedap hati sebab badan dia dah mula keluar ruam pulak. Paling banyak ruam dia kat celah kelengkang dan punggung. 


Tapi aku kena selesaikan jugak temujanji Abg dia Abg Chik kat Hospital Kluang dulu. Dah siap tu aku bawak ke Klinik Mengkibol dekat dengan rumah ni. Aku dah siap buat temujanji dengan klinik demam masa tu. 


Sampai kat klinik doktor tanya kenapa,  aku cakaplah aku agak Adam kena HFMD. Jadi doktor tanyalah apa tanda-tanda yang ada. Paling ketara tu ruam dan selera makan minum dia la yang makin kurang. Doktor belek jugak tangan dan kaki dia. Dan akhirnya doktor sahkan memang HFMD. 


Laju je doktor isi borang pengesahan penyakit berjangkit dan minta aku cuti sebab kena jaga Adam. Bermulalah satu sejarah sebab tak pernah hayat lagi anak-anak kena penyakit ni. Memang pengetahuan aku kira macam kosong la pasal ni. 




Doktor bagi ubat krim untuk sapu tempat yang ruam terutama kat punggung dan celah kelengkang dia tu, dan oral aid untuk sapu yang kat dalam mulut. Dan sekali ubat demam. 


Paling seksa bila anak kena sakit HFMD ni ialah dia tak boleh makan minum dengan baik. Macam Adam ni dia cuma nak minum susu coklat UHT tu je selama 5 hari. Sehari sekotak 1 liter dia boleh habiskan tapi benda lain semuanya dia tolak. Benda lembut-lembut pun dia taknak makan. Sampai sekarang ni pun seksa nak balikkan selera makan dia walau dah 2 minggu berlalu. 

masa kat klinik tunggu giliran. 


Malam-malam pulak dia meracau, kebanyakan masa dia akan tiba-tiba bangun dan jalan dari katil. Aku rasa sebab perut dia lapar. Risau betul aku masa ni. Terus aku tidurkan dia atas lengan aku je. Risau tau kalau dia tetiba bangun dan aku tak sedar. 


Baru aku tau kenapa patut diberi cuti tanpa rekod pada ibubapa yang anaknya kena HFMD ni. Memang macam zombie la rupanya waktu bangun pagi. Dengan tak cukup rehatnya lagi. Dengan anak merengeknya lagi. Dengan risau terjangkit ke orang lain lagi. Sebab doktor kata semua orang berisiko dapat jangkitan HFMD tanpa kira umur cuma lebih berisiko pada kanak-naka berumur 5 tahun ke bawah. Waktu ni memang kami tak beraya la. Duduk je rumah diam-diam. Biarlah orang nak kata apa pun. 


Alhamdulillah akhirnya Adam sembuh jugak dari HFMD ni selepas seminggu dengan izin Allah. Syukur jugak tak jangkitkan ke orang lain. Lega rasa. Eh aku lupa nak bagitau yang masa hari kami balik klinik tu, ada staff KKM telefon ambik data. Kiranya sama macam ambik data pesakit covid dan ahli keluarga atau kontak rapat. 


Baru aku tau rupanya data ni semuanya untuk dimasukkan dalam bancian mereka. Mereka siap tanya butiran adik beradik sampai ke sekolah mana pun ditanya. Mulanya aku pelik jugak.   


Kemudian baru aku tau MySejahtera tu dah dikemaskini. Semua penyakit berjangkit yang penting-penting dah dimasukkan sekali dalam hotspot penyakit berjangkit. Kalau dulu cuma hotspot kes covid saja. Bagus jugak ditambahbaik macam ni. 


Sekarang ni aku terbaca kes HFMD makin meningkat sana sini. Mungkin aktiviti raya jugak la antara penyumbang. Maklumlah dah 2 tahun tak dapat beraya. Mau terlajak raya pun ada ni.. haha.. Apapun kalau korang ada ternampak tanda-tanda demam, batuk,  selsema,  dan ruam pada badan anak-anak korang tu.. seeloknya asingkan la dulu dan jumpalah doktor untuk pengesahan. Sama-sama la menyumbang usaha untuk kawal penyakit HFMD ni. 


Ceritaita

You Might Also Like

4 Luahan Ikhlas

  1. Dah pernah jaga anak sulong kena dulu. seksa nak suruh makan dan kesian dia merengek tu la paling mencabar

    BalasPadam
  2. iye ta kat mysejahtera boleh rekod hmfd gak.. kesian adam. alhamdulillah dah sembuh. cuma masa kena mmg kesian kan dia x boleh mkn. selalunya doc bagi ubat spray utk kurangkan rasa sakit masa makan

    BalasPadam
  3. moga cepat baik Adam... Ita kena kerap pantau anak tu yea

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini