Selamat Hari Ibu buat Mak - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Ibu buat Mak Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Ibu buat Mak

Assalamualaikum semua, rupanya hari ni adalah hari sambutan untuk hari ibu sedunia. Aku pun tak ingat. Setiap tahun la tak ingat. Bukan baru tahun ni. 

Selamat Hari Ibu buat mak ~ gambar ni tahun 2018 waktu mak masih sihat


Aku rasa bila dah makin berusia ni makin la kurang meraikan hari-hari istimewa macam ni. Pulak tu dah memang meraikan hari-hari istimewa macam ni bukan budaya yang dipupuk dalam keluarga kami sejak kecil. Jadi aku rasa sampai ke anak-anak aku pun macam tak kisah nak ambik tau pasal hari ibu ni. 



Lagi pulak kami ni jarang sangat bukak tv dah kebelakangan ni. Jadi  macam terputus dari radar berita-berita macam ni. Bukak group whatsapp baru tau dan lepas tu lupa balik.. aduhai.. 


Apa pun tadi aku balik kejap rumah mak abah ambik barang tertinggal tapi disebabkan lupa pasal hari ibu langsunglah tak bagi ucapan pun kat mak tadi. Kesian mak dapat anak macam aku ni. 


Sudahlah tak bagi ucapan. Aku cuma hantar laksa yang aku masak je tadi. Laksa tak sedap pulak tu. Orang johor kata cemplang je rasanya. Cemplang tu maksudnya ada je la yang kurang tapi tak tau nak cakap apa yang kurang ntah. 


Cerita pasal Hari Ibu ni buat aku rasa nak cerita pasal mak aku. Mak aku yang diberi nama Jemah binti Awang. Lahir pada 18 Ogos 1960. Sebab tu bila ada yang sebut mak jemah.. mak jemah tu aku sensitif sikit.. pasal nama mak aku kan.. 


Mak berkahwin dengan abah waktu usia yang sangat muda. 15 tahun waktu tu dan dapat anak pertama pada usia 17 tahun. Waktu melahirkan aku usia mak baru cecah 19 tahun. Muda belia kan? Sebab tu kalau dulu bila aku bergambar dengan mak, ada yang kata kami adik beradik. Yelah cuma beza 19 tahun je. 


Seumur hidup mak sebenarnya biasa hidup susah.  Cuma bila dah menjejak usia 55 tahun baru mak boleh rasa senang sikit. Pengalaman hidup mak sentiasa susah tu menjadikan mak orang yang sangat sabar dalam ramai-ramai orang yang aku kenal. Mak tak pernah bersungut,  sikit pun tidak. 


Kalau dulu mak selalu pakai kain yang layak jadi kain buruk pun mak masih mampu tersenyum manis. Tabahnya hati mak. Sejujurnya aku tak mampu jadi macam mak. Sebab tu aku jadi bertekad aku nak ada ilmu.. nak kerja yang bukan hanya biasa-biasa. Semuanya sebab mak. 


Mak jugak bukan orang pandai. Cukup hanya kenal huruf dan tau menulis dan membaca. Bersekolah setakat darjah 3. Itu je la mampu bagi keluarga mak ketika tu. Tapi mak tak kesal dan putus asa. Dengan ilmu yang sedikit tu la mak besarkan anak-anak. Sampaikan anak-anak mak kenal huruf sebelum masuk bersekolah. Semuanya sebab mak. Semuanya usaha mak. 


Walau pendidikan agama mak tak tinggi tapi mak juga orang yang rajin berusaha. Mak tak putus doakan anak-anak mak supaya berjaya. Setakat yang aku tau mak akan berpuasa bila setiap kali anak-anak mak menjalani peperiksaan besar. Sebab mak kata mak dengar ceramah doa orang berpuasa lebih mudah dimakbulkan. Mak cuma mampu berpuasa. Mengaji pun mak kata mak tak berapa pandai. Itu je usaha mak. Tapi aku tau usaha mak yang mungkin mak kata sedikit tu la antara penyebab aku berada di tempat aku sekarang ni. Urusan aku sentiasa dipermudahkan kerana doa mak. Aku pun tak mampu buat macam mak. 


Banyak sangat pengorbanan mak buat kami semua. Terutama nak pastikan kami semua berjaya macam anak orang lain yang ibubapanya berpelajaran tinggi. Dalam susah mak,  mak masih menabung walau cuma duit syiling rm1 waktu tu. Masih ingat lagi aku,  mak angkut tabung mak waktu hantar aku ke Matrikulasi. Mak kata boleh bantu kalau ada kecemasan nanti. Mak orang yang sangat cermat dan berjimat. Tetap menyimpan walau sendiri sangat sesak. Tabiat menyimpan ni pun aku tak mampu nak tiru mak. 


Bila kehidupan mak dan abah dah agak senang, Allah uji pulak mak dengan penyakit. Mak tetap kuat melawan penyakit mak. Lama dah mak hidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dah bermacam ubat yang mak kena telan. Dah lebih 20 tahun rasanya mak hidup dengan ubat-ubat tu. 


Namun Allah uji lagi mak,  2 tahun lepas mak makin tak kuat. Mak dah kena guna tongkat nak ke sana sini. Itu juga antara sebab aku minta ditukarkan ke Johor. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan dan akhirnya terus dipermudahkan untuk tinggal dekat dengan mak. Ujian lagi bila dah dekat raya baru ni mak terus tak kuat nak jalan. Mungkin kesan penyakit mak.


Mak jadi tak yakin pijakkan kaki mak. Banyak ketika mak akan jatuh di mana-mana saja tanpa sebab. Mak dah selalu alami keadaan hypo iaitu kekurangan gula dalam darah. Mak jadi lesu,  kurang bercakap, kalau bercakap pun kadangkala merapu sebab mak tak ingat sangat, mak jadi kuat tidur. Setakat ni selera mak masih baik alhamdulillah. Itu antara nikmat yang masih Allah beri. 


Cuma bila sebut Hari Ibu aku agak terasa juga sebab kalau dulu maklah jadi tempat aku meluah rasa. Bercerita bermacam cerita. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Mak selalu tertidur bila kita bercakap dengan dia. Rumah rasa sangat sunyi sebab dah tak berapa dengar suara mak. Aku pun rasa sangat sunyi walau selalu balik rumah mak. Suasana sangat berbeza. 


Aku cuma mampu doakan semoga mak sentiasa dilindungi Allah di mana jua mak berada, sentiasa sihat tubuh badannya seperti dulu,  aku doa juga sekurang-kurangnya Allah bagi mak nikmat sihat supaya mak mudah nak beribadat di hari tua mak.  Semoga ada rezeki buat mak. Semoga Allah mengasihani mak seperti mana mak mengasihani kami sewaktu kami kecil dulu. 


Aku bukanlah insan penyabar. Tapi sesungguhnya aku rindu insan yang selalu menyabarkan aku bila aku tersasar dari kesabaran sehinggakan akhirnya aku berjaya menjadi orang yang boleh bersabar dan menahan amarahku. Semuanya sebab mak. Insan yang sangat penyabar. 


Terima kasih atas segala yang mak berikan pada Angah selama ni. Angah cuma mampu tulis sebab kalau nak bercakap depan mak selalunya kelu lidah ni. Angah sayang mak. Walaupun Angah sangat berbeza dengan mak, angah nak sangat jadi kuat dan tabah macam mak. Selamat Hari Ibu mak.. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Selamat hari ibu buat mak ita. semoga mak ko sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi allah

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Ibu, Moga Ibu Ita sentiasa sihat selalu...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Ibu makcik, moga sihat walafiat hendaknya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum