Teruslah hidup tanpa tekanan - Cerita Ita                                                             Teruslah hidup tanpa tekanan Langkau ke kandungan utama

Teruslah hidup tanpa tekanan

Teruskan Hidup Secara Sihat

Tertekan? Rilek.. anda tak keseorangan 


Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis di sini. Banyak yang nak ditulis namun banyak jua perkara yang membataskan. Tapi dikenang dengan menulislah aku menjadi lebih 'sihat',  jadi aku terpanggil untuk menulis. 


Selain menulis mampu menenangkan hatiku antara lainnya dengan melakukan sesi baking tanpa diganggu juga memberikan kepuasan hati yang tak dapat digambarkan dan akhirnya menanamkan perasan tenang di hati tanpa sedar. 

Bahagia yang dicari

Aku rasa bahagia bila menulis dan memasak. Bahagianya tu cuma aku yang rasa. Walau adakala tak cukup tidur atau tak cukup rehat tapi kepuasannya tu tersendiri, hanya aku yang rasa. 

Pengalaman hadapi tekanan

Dulu-dulu pernahlah aku berada dalam fasa tertekan yang agak teruk. Ada aku ceritakan dulu. Dekat kisah tertekan ni. Boleh klik jika nak baca pengalaman dulu. Waktu tu aku berjuang untuk hidup tanpa aku sedar aku berada dalam fasa sangat bahaya. 


Bayangkanlah denyut jantung dan nadi setiap masa aku waktu tu seolah-olah berada dalam keadaan sedang berlari beratus meter. Jantung berdebar tak berhenti. Dada rasa nak pecah. Denyut nadi sangat laju seiringi degupan jantung yang juga sama derasnya. Tangan jadi menggigil sepanjang masa walau ketika tu aku sedang duduk berehat. 


Cuma ketika itu aku tak sedar. Yang aku tau aku terasa sangat penat. Berdiri penat, berjalan penat, duduk dan hanya berbaring pun rasa sangat penat. Mana tak penatnya. Degup jantung sangat laju dan nafas jadi pendek dan sentiasa tercungap-cungap seolah-olah macam ikan yang dibawa keluar dari air. Tak cukup oksigen. 


Waktu tu aku cemas,  risau apa penyakit yang buat aku jadi macam tu. Aku terus jumpa doktor dan aku buat semua ujian yang sesuai termasuk ujian hormon dan ujian jantung. Tapi akhirnya takde apa yang mencurigakan. Tapi aku tak puas hati. Mana boleh puashati kalau doktor kata takde apa yang abnormal tapi aku rasa dada macam nak pecah. 

Ayat Keramat

Akhirnya ada satu ayat doktor yang aku ingat sampai sekarang ni. "Puan, teruslah hidup secara sihat". Rasa terpukul bila dengar perkataan tu keluar. Itu pun bila doktor tanya pasal rutin kerja dan rutin kehidupan. Ya, tanpa aku sedar rutin aku dah bahayakan diri. 


Aku dah mula angkat kerja-kerja menimbun balik rumah waktu tu. Maklumlah kekurangan pegawai. Aku kena tanggung kerja 2 kekosongan lain termasuk jawatan pengarah masa tu. Bayangkan pegawai gred rendah yang baru bertatih diberi tanggungjawab besar. Memang nampak ok tapi hakikatnya mereka tak mampu tanggung tekanan. 


Akhirnya aku cari jalan untuk buat terapi yang boleh tenangkan diri. Sangat mengejutkan terapi membuat kek, membakar kek hingga keluar bau wangi tu merupakan terapi terbaik buat aku. Dapat mencuba resepi yang tak pernah dibuat pun jadi satu kepuasan yang akhirnya bertukar menjadi ketenangan. MasyaAllah.. masa tu aku rasa kagum. Aku penat tapi aku tenang. Hanya dengan baking terus hidupku boleh diatur. 


Ada juga terfikir, adakah itu yang sepatutnya aku buat untuk hidup? Alangkah bagusnya kalau aku dapat buat apa yang aku suka sebelum ajal menjemput jiwa. Sebelum kudrat melambai pergi. Aku dah lama berangan. Tapi itulah, kami berada di fasa yang sangat sukar. Sukar kami, hanya kami yang nampak. Susah nak bercerita dengan orang luar yang taktau apa. 


Ini bukan kisah sebulan dua.. kisah bertahun lamanya. Tapi buat masa ni biarlah ku pendam sendiri. Cuma kadangkala mendambakan ruang bagi insan lain memahami. Hidup kami perit. Banyak yang kami lalui. Ianya tak seindah yang dipamerkan. 


Dugaan perkahwinan, dugaan bersahabat, dugaan kesihatan, dugaan pekerjaan, dugaan bencana alam, dugaan datang satu persatu bersilih ganti. Hinggakan kami berada dalam fasa keadaan yang terlalu sukar. Tuhan sahaja yang tahu.. KepadaNyalah tempat mengadu.. Aku mohon bersungguh-sungguh minta diperkenankan. 


Alhamdulillah walaupun dosaku setinggi gunung, DIA masih mahu mendengar dan menunaikan. Hijrahlah kami membawa segunung harapan dan beban. Sehingga satu tahap kami rasa sangat lemah. Tak mampu berbuat apa pun untuk teruskan hidup. Di saat itu lahir permata hati yang indah. 


Anak merupakan semangat buat kami untuk terus hidup. Anak umpama keramat. Sebab itulah agaknya kami tidak direzekikan kekayaan yang melimpah ruah namun rezeki kami ada anak yang ramai. Tuhan bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya. Ini yang selalu kami pegang. 

Impian hidup belum tercapai

Sangat teringin satu hari nanti akan ada rezeki aku duduk di sebuah kafe comel menghidangkan hidangan pau panas bersama teh panas. Impian yang entah bila akan tercapai. Semoga ada rezekiku nanti. Bekerja di ruang selesa dan kena dengan jiwa. InsyaAllah. 

Maaf juga kepada rakan yang aku janjikan penulisan di blog dan media sosial tapi terpaksa kuhentikan sementara. Sementara sehingga aku stabil sepenuhnya. InsyaAllah Bantu doakan ya. Doakan juga aku terus 'sihat'. 



Ceritaita

Ulasan

  1. Allahu, Moga sis terus kuat, dan diberi kekuatan. InshaaAllah Allah sayang semua hamba-hambanya. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  2. setuju ita.. walau busy mcm manapun kita,kena cari juga perkara yg memberikan kebahagian dan ketenangan diri .. sapapun sayangi diri adalah no 1 baru boleh fikir keje

    BalasPadam
  3. Semoga ada jalan untuk Ita terus kuat dan diberikan kemudahan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat