Lontong Penambat Hati Suami - Cerita Ita                                                             Lontong Penambat Hati Suami Langkau ke kandungan utama

Lontong Penambat Hati Suami

Assalamualaikum semua, baru ni aku ada tunjuk gambar lontong sedap kat facebook kan? ada pulak yang mesej tepi tanya macamana resepi lontong aku buat tu nampak sedap. Sebenarnya nak cakap la semua benda dalam gambar ni memang biasanya nampak sedap, lagi-lagi kalau kita tengok waktu kita lapar. Ya tak?


Lontong

Lontong dan kuah lodeh


Lontong ni kalau ikutkan maksud dia sebenarnya adalah nasi yang ditanak atau dikukus dalam daun pisang. Asal makanan ni dari masyarakat Jawa. Dan disebabkan aku pun ada darah kacukan Jawa dari sebelah mak jadinya ini kira antara makanan tradisi dalam keluarga kami. Kalau dalam keluarga kami selalunya kami panggil lontong tu kira macam satu nama untuk juadah la. 

Masa sambutan rumah terbuka syawal kami aritu pun mulanya lontong ni aku masukkan dalam senarai juadah yang aku akan masak. Tapi disebabkan kesuntukan masa, perancangan tak menjadi. Jadi aku masaklah pulak selepas majlis tu untuk makan-makan kat rumah pulak.


Gandingan Kuah Lodeh 

Tapi yang sebenarnya lontong hanya nasinya dimakan bersama kuah lodeh. Kuah lodeh ni pulak ikutlah resepi lodeh masing-masing. Ada yang suka campurkan bermacam jenis benda dalam lodeh. Tapi kalau ikut resepi yang mak dan abah aku ajar, kami lebih suka campurkan bermacam jenis sayur dalam kuah lodeh kami yang nak dimakan bersama lontong. 


Sambal Kacang atau Sambal Tumis?

Kemudian lontong dan kuah lodeh ni dihidangkan juga bersama sambal kacang atau sambal tumis. Selalunya aku akan sediakan sambal tumis sebab aku kurang gemar dengan sambal kacang. Jadi takde salah pun kalau nak masak lontong dan kuah lodeh kemudian dihidangkan bersama sambal kacang atau sambal tumis kegemaran. Ada orang siap masak sambal tumis udang atau sambal tumis sotong untuk bagi lagi sedap.

Tapi disebabkan dah ada yang tanya, aku kongsikan jugaklah macamana aku buat ya. Marilah kita belajar buat lontong yang boleh memikat hati suami. Ceewahh.. 


Lontong Kering dan Lontong Goreng

Lontong kering bersama rendang ayam


Ada juga juadah yang dipanggil lontong darat atau lontong kering dan juga lontong goreng kalau di Johor ni. Lontong kering tu biasanya lontong yang dihidangkan bersama lauk pauk macam rendang ayam atau rendang daging bersama serunding kelapa dan sambal serta sayur goreng tanpa kuah lodeh.

Lontong goreng pulak adalah lontong yang digoreng bersama rempah seakan-akan nasi goreng tetapi menggunakan lontong bagi menggantikan nasi. Ada aku pernah kongsikan resepi lontong goreng dulu.


Lontong goreng



Resepi Lontong Sedap Memikat Hati Suami 

oleh Cerita Ita

Lontong tanpa sambal


Bahan-bahan 

Kasih sayang (bahan utama tapi yang ni korang ikat tepi jela) 

Ketupat segera 

Telur rebus


Bahan-bahan Kuah Lodeh

Lobak merah dipotong memanjang macam nak buat acar

Kentang dipotong panjang-panjang juga

Terung panjang aku potong dalam 1 inci panjang macam tu

Kacang panjang potong dalam seinci-seinci panjangnya. 

Tauhu putih (aritu takde aku guna tauhu lembut tapi masuk paling akhir supaya tak hancur) 

Tauhu kering (aku lupa beli) (rendam dulu dan potong kecil) 

Tempe (pun lupa beli.. tapi kalau ada kena goreng dulu tempenya) 

Sengkuang (kalau suka boleh tambah) dipotong panjang-panjang juga

Soohoon (rendam dulu) 

Lada besar 

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Kunyit hidup

Santan 2 kotak kecil

Air secukupnya

Garam secukupnya

Ajinomoto secukupnya



Cara-cara

1. Rebus ketupat segera sampai masak. Kalau nak senang dan cepat masak boleh basuh dan rendam dulu dalam sejam dua. 

2. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan halia. Masukkan dalam periuk dan letak sedikit air. Biarkan mendidih kejap. 

3. Masukkan semua sayuran yang keras dulu macam lobak merah, kacang panjang, sengkuang dan kentang. Masak dalam 5-10 minit. 

4. Kemudian masukkan sayuran lain macam terung dan tempe. Biarkan terung lembut sekejap. 

5. Masukkan santan dan air secukupnya. Biarkan mendidih sekejap.

6. Masukkan tauhu,  tauhu kering dan soohoon. Sama juga biarkan mendidih. 

7. Masukkan garam dan ajinomoto secukupnya. 

8. Akhir sekali masukkan lada besar.  Dan dah boleh matikan api. 


Untuk sambal dia pulak aku buat sambal tumis udang kering guna udang kering yang hancur tu.. kali ni aku tukar sikit la cara.. biasa buat sambal tumis ikan bilis je.. tapi kali ni kita tukar buat sambal tumis udang kering pulak. Alhamdulilah nampaknya lebih sedap dan memikat hati suami tersayang. Shah makan sampai bertambah-tambah.. Habis diet dia haha.. 

Meh aku kongsikan resepi sambal tumis udang kering ni pulak. 


Resepi Sambal Tumis Udang Kering 

oleh Cerita Ita


Bahan-bahan Sambal Tumis Udang Kering

Bawang besar (sukatan bawang 2 kali ganda dari lada kisar. Kalau bawang 3 senduk,  lada kisar hanya 1.5 senduk saja) 

Bawang putih

Halia

Lada kering kisar

Udang kering hancur

Garam

Ajinomoto 

Gula merah

Asam Jawa

Minyak masak secukupnya


Cara-cara

1. Panaskan minyak masak

2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lada kering kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air dan biarkan air mengering sambil dikacau supaya tidak hangus. Biasa kalau taknak terpercik waktu menumis ni aku pasang api sederhana dan tutup sekejap. (Proses masukkan air dan tunggu kering ni aku ulang sehingga 2 kali supaya lada  kisar masak dengan sempurna)

4. Bila air dah mula mengering kali kedua, boleh masukkan udang kering hancur, garam, ajinomoto dan juga gula merah secukupnya. 

5. Tambahkan juga sedikit asam jawa atau air asam jawa (pekat) ke dalam sambal. 

6. Biarkan sambal mereneh sekejap dan boleh matikan api dan hidang.


Juadah Popular Hari Raya

Sekarang ni lontong dan kuah lodeh ni bukan hanya gemar dimakan oleh orang Jawa saja. Kalau di Malaysia ni, lontong dah merupakan antara juadah popular dan jadi juadah kegemaran di hari raya. Ada kawan aku di negeri Pantai Timur pun suka sangat lontong ni pada hari raya. 

Kebanyakan orang gemar dengan hidangan ni bukan saja sebab ianya mudah disediakan malahan lontong juga sangat sedap dimakan pada bila-bila masa sehinggakan ada dijual setiap pagi sebagai menu sarapan di Malaysia. 


Lontong Resepi Memikat Hati Suami



Kalau kat rumah kami pulak, kalau ada lontong yang dimasak sebagai hidangan dah tentulah Shah akan makan bertambah-tambah jadinya. Siap boleh marah pulak kenapa aku masak lontong. Haha.. Jadinya tak ke lontong ni terbukti sebagai penambat hati seorang suami?

Ceritaita

Ulasan

  1. Raya haji nanti bolehlah masak lontong hehe

    BalasPadam
  2. Lontong kering sedap. Lodeh pun nice, kalau dapat makan dengan kuah kacang

    BalasPadam
  3. aduyai sedapnya.. rare lontong goreng ta

    BalasPadam
  4. Pergi johor memang tak sah kalau tak makan lontong kering dengan lontong goreng sanggup mencari kedainya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.