Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Durian murah di JB

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan pasal info penjual durian murah di JB.. selama ni memang sibuk mencari orang jual durian murah yang berbaloi untuk dibeli.. alhamdulillah hari ni rezeki pulak dapat jumpa.. Durian murah di JB masa balik kerja luar tadi aku nampak ada orang jual durian kat Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. bila ternampak tadi terdetik juga dalam hati.. nak ajak shah singgah la balik kerja nanti..  durian murah jb balik kerja dalam pukul 6 petang tadi aku ajaklah shah singgah.. syukur gerai tu masih bukak dan ada jual durian longgok yang macam kami cari.. kalau boleh taknak la yang mahal-mahal sangat sampai tak mampu nak beli..  ni la si Jefry di hadapan durian longgok sedang elok kami sampai ada la durian yang disusun ikut longgok.. selonggok ada 3 biji semuanya.. RM20 je selonggok.. ni yang dah pecah-pecah dan merekah la kulitnya.. siapa nak beli 3 longgok penjual tu.. namanya Jefry akan bagi harga RM50 je untuk 3 longgok.. murah kan?...

Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP

assalamualaikum semua, dah ada yang rasa nak pengsan sebab PKP dilanjutkan? atau mak bapak yang dah tak larat nak bahagikan masa lepas pening hadap musim PDPR dengan anak-anak kat rumah? jangan risau la kalau korang pun dah mula rasa tepu hadap kerja sekolah anak-anak.. sebab bukan korang sorang je yang mengalami saat macam tu? aku di sini pun mengalaminya.. hahaha.. jadi cuma tarik nafas dan enjoy the moments ya.. tapi kalau rasa tak boleh jugak meh la aku kongsikan apa aktiviti bersama anak-anak di musim PKP yang boleh korang buat untuk melegakan sikit otak korang tu dari memikirkan bila PKP dan PDPR ni nak habis..  Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP apa yang aku buat tu? aku habiskan masa sikit buat aktiviti bersama anak-anak di musim PKP ni dengan buat apa yang mereka suka.. jadi apa yang anak-anak suka? aku tak tau la kalau anak-anak korang tapi anak-anak aku semuanya suka kalau aku sebut bermain permainan komputer.. eh kita belum ajak pun dia dah la...

Peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah

Assalamualaikum semua,  banyak nak aku kongsikan bila cerita pasal PDPR ni.. banyaklah nak cerita.. terutama pasal macamana aku handle PDPR untuk 4 orang anak yang tengah bersekolah.. belum lagi macamana nak uruskan semua kerja dengan tugasan anak-anak lagi.. fuh.. banyak sangat kisah nak cerita.. tapi apa kata aku mula dulu kisah PDPR kami dengan peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah?  Peralatan asas yang perlu ada untuk PDPR di rumah ada orang tanya.. dah masuk PKP 3.0 masih relevan lagi ke apa yang aku nak tulis ni? aku tak kisah pun soal relevan ke tidak cuma pada aku, aku suka nak kongsikan apa yang aku buat untuk pembaca.. manalah tau kalau ada antara pembaca yang dapat manfaat dari apa yang aku tulis ni kan.. kurang-kurang dapat jugak bantu serba sedikit.. aku nak bantu dari segi duit memang sendiri pun cukup-cukup makan je pun.. jadi bantulah dari segi lain pulak..  Marilah aku cerita apa yang sediakan dalam peralatan asas  yang perlu ada untuk PD...

Sambutan sempena Hari Lahir Abg Ngah yang ke 11

Assalamualaikum semua,  aku ni kan dari hari sehari nak menulis.. tapi disebabkan arahan PKP dan Lockdown yang tiba-tiba dikeluarkan ni.. macam jadi tak tentu hala sekejap la dunia.. haha.. alasan.. ok la aku nak ceritakan pasal kenangan sambutan sempena hari lahir abg ngah yang ke 11 yang baru je lepas pada 21 Mei 2021 baru ni..  Sambutan sempena Hari Lahir Abg Ngah yang ke 11 Mulanya nak buat blogpost sehari selepas.. tapi banyak betul tuntutan kerja yang lain memerlukan perhatian dan masa.. jadi kita tulis je la beberapa minggu yang selepas tu.. walau apa pun.. insyaAllah aku tetap tak lupa hari lahir anak-anak saban tahun.. kali ni walaupun dalam PKP3.0 dan tak boleh nak bawa anak-anak meraikan di luar rumah, kami tetap sambut di dalam rumah dengan meriah..  Mee Tarik Warisan kali ni ada beberapa jenis makanan yang terhidang.. sebab ada beberapa kesukaan berbeza dalam rumah ni.. siap ada drama la jugak.. haha.. layankan je la selagi mampu bersabar.. untuk sambutan kal...

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

  Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik Rumusan Inovatif Terbukti Menyingkirkan 99.9% Virus Termasuk Virus COVID-19 ! Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik Assalamualaikum semua, wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini. Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-...

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas assalamualaikum semua, korang dah mula buat kuih raya ke belum? ke masih lagi mengumpul resepi kat facebook dan handphone.. 😃.. jangan bimbang sebab aku pun sama seangkatan dengan korang.. simpan je resepi sampai ke sudah.. buatnya tidak jugak.. hahaha.. tapi kali ni aku dah memecahkan ruyung jugaklah.. minggu lepas aku berjaya buat sejenis kuih raya lagi.. eh yang kuih pertama aku buat aku belum kongsi la.. nanti kita kongsi ya..  Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas biskut yang aku buat kali ni dipanggil Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas.. resepi biskut conflakes sedap dan ringkas ni memang sangat senang ok.. korang yang tak pandai buat kuih pun boleh cuba.. yang ni memang sangat senang resepi dan cara-caranya.. yang takde peralatan macam mixer atau mesin pengadun besar-besar tu pun dah boleh je cuba.. janji korang kena pastikan ada oven kat rumah.. takyah cerita pepanjang la.. meh kita kongsikan resepi.. Resepi Biskut Cornflakes S...

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua, anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010 [1] .   Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.   Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).   Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung...