Isnin, 22 Ogos 2011

menu berbuka 21 ramadhan

salam semua,

pepagi dah nak tayang makanan kan... hehe.. nak buat camne...  masa ni la free sikit.. jap lagi nak buat result ni...

semalam kami berbuka simple2 je kat rumah... eh ada ke kami makan yang berat2 selama ni... hehe.. tapi seronok tau berbuka kat rumah ni.... hari2 berbuka kat rumah dan masak sendiri... walaupun penat sikit tapi berbaloi2 bila tengok family bersungguh2 makan... sejuk je hati tengok... penat pun hilang ke mana tah...

ok ni menu kami berbuka semalam..


tu dia... mee bandung segera.... 

aku guna pes segera mee bandung adabi je... selalu pakai yang pes kat giant tu... tapi puas dah mencari tak jumpa jugak maka beli la yang pek adabi kecik2 tu... kurang sikit rasa dia.. tak kaw mana pun... untuk makan kami anak beranak ni kena pakai sampai 4 pek kecik.. tu pun kurang kaw lagi...

itu pun aku dah top up dengan udang, sotong, telur dan daging serta air rebusan dia nak bagi kaw... tapi yang penting licin.... hehe.. senang nak basuh periuk...

yang hitam2 kat mangkuk sebelah tu adalah daging masak kicap dgn black pepper... konon2 masak untuk sahur... tetiba ko tak terbangun lak sahur tadi... waaa.. sedihnya... nasib nasi aku tak masak lagi.. kalau tak mesti sedih tengok nasi tu...

pertama kali ni tak sedar sahur... sedih lak rasa... semalam adik merengek je.. kami tidur2 ayam je... shah lak gi tindih hp aku kat bawah badan dia dan tak sedar hp tu berbunyi kul 4 pg... takde rezeki kita la nak sahur kan bang....

Cerita menarik lain