menu berbuka dan shopping raya.. edisi khas punya..panjang ni wooo.. - Cerita Ita                                                             menu berbuka dan shopping raya.. edisi khas punya..panjang ni wooo.. Langkau ke kandungan utama

menu berbuka dan shopping raya.. edisi khas punya..panjang ni wooo..

salam semua,

lama kan tak update... busy sikit la sekarang ni... lagipun bulan puasa ni macam nak kurang bercakap2 kot.. jadi cuma banyakkan membaca dan terus jadi kurang menulis...

hari ni aku nak tunjukkan kat korang edisi menu berbuka aku beberapa hari yang lepas yang aku dah terlepas banyak tu... letih la nak taip bebanyak... aku rangkumkan sekali je la ye.....

menu ahad lepas kami makan roti jala... pasal buat banyak sikit dan kami berbuka kat rumah mertua aku... akak ipar bawak lauk pauk dia.. aku bawak roti jala cicah kari daging je la... ok la tu kan...
gambar tak ambik la pulak....sorry ek...

menu hari isnin pulak aku buat kacang phool... saje je nak menerai... orang kata sedap...
tapi la kan... tekak aku ni tak bape nak terima kot... cam tak bape nak masuk... sebab kacang tu kan rasa dia tak lemak2 manis... aku rasa cam kosong je... hahaha... memang dasar tak pandai makan kacang2 omputih  ni kot... kalau selalu ada yang kat hotel masa breakfast tu pun aku tak pernah ambik...

ni gambar dia... layan la ek....



dan tentulah kena ada air sirap pembuka selera kat sebelah tu kan.... eh..eh... ke aku je yang masak tak sedap benda ni.... hahaha... entahlah labu.....eleh dalam pada tak sedap tu abis gak 1/2 buku roti kecik tu....hehehe...

pastu menu sahur kami hari selasa tu makan lauk sardin dengan kentang.... fuh berpeluh2 aku makan... feberet ni wei... gambar takde jugak.... aiseh... nak buat camne kan... ngam2 je nak sahur tu aku habis masak... karang aku ambik gambar bagai kang tak sempat nak bersahur lak...

pastu petang tu konon2 nak celebrate la dah abis audit kan... nak makan kat luar sesambil nak beli baju raya anak2 la konon.... sekali kami makan apa tau... petang tu kami hadap roti dengan belen lauk sardin paginya tu... dah settle isi perut semua.... kami meneruskan perjuangan ke East Coast Mall.... tengok2 baju2 kat Padini dan FOS... ada  sale tapi tak la sampai gila... tak beli apa2...

kami ke tandas pulak pasal abg long nak melepas hajat... dia ni kalau jalan selalu lepas hajat dia tau... maka aku kata kalau lepas hajat kat satu2 tempat selain rumah kita kita serasi dengan tempat tu... agak dia ni memang serasi dengan pusat membeli belah kot... hehe...

lepas tu perjalanan diteruskan pulak ke Bata pasal kami tengok ada sandal budak lawa... dah siap bagi abg long try2 dah... siap je try2 sekali nak cari saiz... adeh boleh budak tu cakap camni... " kak, tinggal yg display ni je kak... lain dah takde"... aku belek2 bawah sandal tu ada lampu2 sekali yang satu macam segan2 je nak keluar... yang sebelah lagi pulak segar mugar... pelik lak kan... jadi kami buat keputusan tak payah beli.. kita cari kat Bata lain... nasib abg long ok... senang deal dengan dia ni.. kat kaki pun boleh tanggal... sudahnya sekali lagi tak beli apa2....

last2 kami gi la ke Mama Chop & Papa Grill.... tak pernah try makan sini... saje nak try sedap ke tak...


shah kata dia tak lapar dah... mana taknya kami dah makan sungguh2 kat umah tadi.. hehe...habis sardin aku ko.... last2 kami order 1 set black pepper lamb chop, mushroom soup dan fries je....
nak tau apa kesudahannya....? tak yah try la sini... tak berbaloi... tak sedap... dah la lamb tu alahai...tulang je beso... isi... buat celah gigi je... soup dia fail.... macam rasa sup tulang letak cendawan je... kami rasa 2-3 sudu je... membazir je order... fries tak yah cite la... mcm fries biasa goreng kat rumah... takde yang spesel pun... so korang tak yang pegi ye...

tapi layan gambar lagi ye....


ni gambar lamb chop dia... sorry ek dah selamat kena chop dah....


ni pulak muka orang tak puas hati kena bayar mahal... semua kat atas tu termasuk air lemon tea (2), milo ais dengan mangga... RM38++.... shah bayar sambil bebel2... " ni ummi la ni yang nak sangat makan kat sini".... alahai bang lainkali kita makan kat Santai je la kan....

ni lak muka2 perlakon tambahan dia... mesti ada ni wei....



lebai kecik ni pakai kopiah raya dia yang baru  je beli kat tingkat bawah EC Mall ni..... bersemangat pak lebai makan.... ;)

pastu kami balik je rumah dalam keletihan... satu pun tak dapat... ceh....

ni pulak cerita hari semalam... kami plan nak berbuka dengan meriahnya hari ni... sekali lagi bukan dengan masakan aku ye kawan2... kami gi beli kat sini....


tu dia... ayam golek tu.... kalau kat kuantan @ pahang ni orang tak panggil ayam golek... diorang panggil ayam pusing.... dulu aku memula cakap ayam golek masa baru kawin... mampus kena gelak guling2 dengan shah.... lagi la aku suka buat muka comel (ceh perasan) sambil sebut golek..golek...golek... baru kawin ko cute la kot masa tu... hehe....


jenuh dah shah tunggu... siap boleh calling2 lagi tu... aik..call sapa tu bang???? i dalam keta ni...

ayam ni boleh tahan gak harga dia... tahun ni dia naik RM22 seekor.. fuh...mahal kan... fikir sekali setahun je... kalau tak mujur nak beli... kedai pakcik ni bersebelahan dengan kedai Pak Soh Sata kat Tanjung Lumpur... kalau dari Kuantan belah kiri...  tak jauh dari Tunas Manja tu haa... disebabkan parking kat depan Pak Soh Sata tu maka macam terpanggil2 dengan Pak Soh tu nak suruh beli dia punya keropok lekor... aku pun belilah barang 2 batang... RM1.20 sebatang...

hasil dia.... tarra....


aku bagi close up ayam sikit... saje je tak bagi dia kerat2... nampak LAGI BEST kan...?

sayang aku tak tunjuk gambar ending dia....hehe... licin ko... berbaloi2... memang sedap ayam dia ni... patut ramai sanggup beratur.... tapi kuah dia kami tak makan... pasal rasa macam cuka sikit2... kami makan dengan sos je....
keropok tu pun tak mengecewakan... sedap wei... itu pun pasal aku yang goreng kot...hehe... nasib aku beli 2 batang... kalau satu je tadi mau tak cukup... huhu... dasar selera besar....

nanti aku sambung sesi shopping semalam lak ye.... gi solat dulu jom...

p/s korang berbuka apa hari ni?

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat