dah tambah gigi! - Cerita Ita                                                             dah tambah gigi! Langkau ke kandungan utama

dah tambah gigi!

salam semua,

diharap semua sihat hari ni ye... aku nak cerita perkembangan anak2 pagi ni... sila jangan jemu ye... dah namanya pun mak orang kan? asyik cite pasal anak orang je la kan....
ok ikut turutan ok...

abg long:

abg long sekarang ni masih lagi dengan hobi menonton tv... jemu pulak aku tengok... elok takde astro dulu.. leka dia mengaler semua buku2... tapi kadang2 rimas dengan adik dia yang selalu mengacau... kalau kena kacau mesti dia akan kata... "malas kawan adik... main la shiri (sendiri)..."

sekarang ni dah pandai baca doa makan dengan betul walaupun ada jugak sebutan yang tak bape jelas... kalau aku baca fatihah.. dia ikut hujung2 je...

sejak dia tak minum susu botol dia tak mau dah air susu ni... dia nak milo dalam kotak je... teruk jugak poket masa tu... sekarng ni dah ok sikit dia dah pandai minum milo yang aku bancuh.. jadi setiap kali gi sekolah kena bekalkan dia botol air yang siap dengan milo sejuk kat dalam dia... jangan salah faham ummi dia yang kedekut ni takkan nak bagi MILO SEJUK yang mahal tu kat anak dia... cuma milo yang aku bancuh dan bubuh ais je bagi sejuk... jimat kan? ;)

membaca masih lagi susah untuk tahap dia yang baru pandai cakap masa umur 3 tahun... ni baru setahun dia pandai cakap... nak ajar membaca amatlah susah... cuma aku bagi dia bahan bacaan yang banyak gambar supaya boleh dia start reka cerita dengan kreativiti dia sendiri..

selalu tak suka kalau kami bawak jalan2... dia selalu mintak nak balik rumah cepat... ini semua lepas pindah rumah baru ni la... mungkin dia selesa duduk sini agaknya... tambah2 lagi sejak dibelikan basikal baru ni...


abg ngah:

ni pulak cerita adik yang akan jadi abg tak lama lagi.... dia macam konpius bila kami panggil dia abg ngah... hehe... kita slow2 tukar ye nak....

dia dah tumbuh 6 1/2 batang gigi.... patutlah dia demam hari tu... rupanya gigi geraham dia belah kanan nak tumbuh... aku perasan dia asyik kunyah jari dia je... dia bukan jenis suka masuk tangan dalam mulut.. gigit2 benda pun dia tak suka... tapi 2-3 minggu ni asyik nak kunyah jari dia je... kadang2 satu tangan tu penuh dalam mulut.... semalam aku check ( setelah bersusah payah ) rupanya dah tumbuh gigi geraham dia.... jadi gigi depan bawah dah ada 2, atas ada 3 1/2... yang sebelah tu keluar kecik je.. apasal ntah....

abg ngah pun dah mula cerai susu badan... jugak masih slow2.. kadang2 kena angin dia nak jugak lagi... aku tak kisah sangat selagi masih ada susu dan dia nak... ok je pun...

sebelum ni dia dah belajar berdiri2 sendiri... tapi tak yakin lagi nak berjalan... tapi semalam masa kami berehat lepas berbuka... dia boleh berdiri sendiri dan bila kami kata tatih.. dia mula setapak dua... alhamdulillah... abg ngah dah boleh jalan... cepat 3 minggu dari abg long dulu... tapi ko lepas tu asyik nak bertatih je.. kita pulak yang letih tengok... siap jatuh bangun... malam tadi tidur mula la meragam pasal kaki dah penat...

setakat ni abg ngah masih tak pandai nak sebut ummi, ayah dan abg long.... tapi aku tak kisah la... memang anak2 tak ikut ummi dia... semua berat mulut...


adik:

adik kecik dalam perut ni dah mula buat senaman kaki tangan dah kot... kerap sangat dah terasa ni...
ke adik nak suruh ummi berbuka ni..... hehehe.....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...