update check up 8/2011 - Cerita Ita                                                             update check up 8/2011 Langkau ke kandungan utama

update check up 8/2011

salam semua,

semalam aku janji dengan korang nak cerita pasal check up semalam kan...?

pagi semalam kami pegi klinik kempadang pukul 8.30 pagi... buat check up aku sekali dengan abg ngah...

aku  macam biasa la kalau ngandung kan... kena check benda2 ni semua:

Usia kandungan dah 20 minggu dan 5 hari.
HB: turun sikit dari bulan lepas... bulan lepas 12.6.. kali ni dah 11.8 (lupa makan pil daa..)
Berat: naik banyak dari bulan lepas... bulan lepas 63.8 kg... kali ni 66.5 kg... (patut dia kata naik cuma sampai 65.5 kg je)... nak buat camne kan selera naik mendadak2 jugak... ishk... kalau biar ni menjelang beranak esok mau 70 kg kot... wah... gemuknya...mesti susah nak jalan tu...
BP: tak perasan pulak tapi ok je kot pasal diorang tak komen apa2 pun....
MOGTT yang buat pertama kali : sebelum = 5.0... selepas = 6.0 ( ada 2 lagi kena buat)
Tinggi rahim pun tak perasan gak... apadaa...

lepas tu aku tercakap pulak yang anak kat dalam ni dah mula gerak2 dengan kuat... (sekarang ni pun rasa tau).. pastu misi tu kata kita check jantung dia lah... kalau dah bunyi kuat kena buat suntikan kancing gigi... waahh... kena cucuk... seram je aku dengar...

bila dia check tu jantung memang jelas je dengar jadi dia suruh bawak buku ke bilik atas untuk cucuk... dan hasilnya sampai hari ni tangan aku ni masih lenguh2 dan sakit... pelik jugak masa najmi dulu tak la sakit camni... sampai nak tidur pun susah tau...

next check up pada 5/9/2011... lepas raya la pulak... doakan semoga bayi ni sihat sentiasa bersama ummi dia ye kawan2...

p/s baru je lepas dengar berita kawan opis keguguran.... kesian dia mengharapkan anak pertama setelah sekian lama... dan akhirnya keguguran buat kali ke-3 rasanya... semoga Allah kuatkan hati dia menghadapi dugaan...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum