Check up najmi.. - Cerita Ita                                                             Check up najmi.. Langkau ke kandungan utama

Check up najmi..

salam semua,

tadi aku cerita pasal aku kan? ni nak cerita pasal anak bertuah ni pulak...

najmi dah makin besar... dah masuk 1 tahun 2 bulan dah pun... tak lama nak masuk 1 tahun 3 bulan... tapi masih lagi belum berjalan.... dulu abg long dia pun dah 1 tahun 3 bulan baru berjalan...
yang lawaknya balik kampung baru ni atuk wan dia panggil dia baby tua pasal badan dah besar tapi masih merangkak... hahaha....

semalam timbang berat abg ngah... alhamdulillah dah naik 9.7 kg... patut la aku macam tak larat je nak dukung dah... semangat nooo... badan dia lebih bulat dan berisi dari abg long dia... kalau duduk sebelah menyebelah tu memang besar noo la....

diorang bagi ubat cacing untuk makan sekali... tapi ummi dia lupa bagi pulak malam tadi... next check up dia pada 22/11/2011... kena datang untuk suntikan setahun setengah pulak...

15/8/2011 ni pulak ada routine check up kat HTAA untuk masalah darah dia tu... kesian abg ngah kena ambik darah lagi la jawabnya... rasa tak sanggup tengok anak2 menangis sakit.... harap2nya keputusan ujian nanti ok la hendaknya... risau pulak bila makin dekat harinya...

najmi sekarang ni dah kurang menyusu badan.. kadang2 je dia ngempeng (bergantung)... tapi tak selalu dah... kami dah ajar dia minum susu botol je sekarang ni... senang sikit kalau aku kena outstation... tapi yang tak bestnya lepas dia minum susu isomil ni mulut dia bau tak sedap la... susu tu busuk sikit.. tak best dah nak cium mulut dia lagi...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum