penukaran duit raya sekitar kuantan untuk 2011... - Cerita Ita                                                             penukaran duit raya sekitar kuantan untuk 2011... Langkau ke kandungan utama

penukaran duit raya sekitar kuantan untuk 2011...

salam semua,

aku baru je masuk opis ni... keluar gi bank rehat tadi.... abis semua bank aku jelajah......

cerita dia pasal nak tukar duit raya la ni...

korang mesti pelik kenapa aku berkobar2 tahun ni kan? sebabnya ialah dah 2 tahun aku asyik terlepas je nak tukar duit kat bank tu haaa.... kesian bebudak asyik dapat duit lama (edisi korek tabung punya)....

tahun dulu tu aku pesan dengan abang aku kat kl... mujur kl ada lagi... dapat la duit baru....
tahun lepas lak langsung tak sempat memana dah pun....

tahun ni pulak memula aku cadang nak kirim je dengan adik aku kat kl nuuu..... last2 tadi tergerak lak nak gi jenguk bank..... jadi aku leh keluarkan senarai untuk orang kuantan yang nak pergi tukar duit tu ye.....

Maybank (jln bank) - belum start lagi... 18hb ni baru start... diorang ni kena pakai borang..masa kalau tak salah dari pukul 10-12.30 tghari je...
Cimb ( depan mega) - belum start jugak... 18 hb ni baru ada... yg ni sistem dia aku tak tau....
Bank Rakyat (depan masjid) - belum start... dia tak cakap bila...
Bank Islam (depan masjid) - dah mula tapi limit hari ni dah abis... dia suruh aku datang esok... (eh bukan esok cuti ke? apadaaa....)

Bank lain2 - aku tak sempat tanya..... wah tekak kering jalan masa panas2 ni beb....

sudahnya keputusannya tadi aku terus bank in kat akaun adik aku je la.... kami balik sebelum raya jadi sempat la packing lagi... harap2 la ada... korang dah tukar ke?

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum