Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 25 Ogos 2011

menu berbuka 24 Ramadhan

salam semua,

semalam aku tak tayang menu berbuka kan? sebabnya aku tak masak pun... kami pegi taman tas rumah akak ipar aku semalam ambik barang kejap lepas tu dia kan ada menjual lauk berbuka dan...
kami pun selamat tapau 2 lauk... ikan patin masak tempoyak dan asam pedas keladi... selamat...

balik tu kami singgah pegi beli roti... dan balik rumah cicah dengan roti je la... senang kan...? mujur shah tak cerewet.. dia yang request menu senang2 ni...

semalam lak konon2 shah ada dapat imbuhan duit raya dari kompeni dia tu aku ingat nak kenen2 sikit2 la... aku ajak dia makan western food kat kedai makan WWWF kat tanjung lumpur tu haaa... sekali dia kata dia kerja malam la pulak... hmmm takde harapan... pastu nak pujuk2 aku siap cakap kita pegi lepas raya je la ye... kalau berbuka ni payah nak bawak anak2 berbuka kat luar... betul gak kata dia tu nanti sudahnya aku yang tak makan sebab dah hilang selera lepas layan anak2 makan...

lepas tu menu terkejut kami terus berubah jadi mee goreng... sebabnya aku teringat ada 2 ekor sotong kat rumah... tauhu, telur, sawi semua ada... cuma beli barang lain je tambah sikit2....

balik kerja semalam aku singgah Tunas Manja beli mee kuning, bebola ikan (anak2 suka ni), tomato je... nak ambik taugeh dia cam tak menyelerakan je aku tengok... pastu terpandang pulak kerang... waah... laju je aku bungkus... sekali masa aku nak timbang tu kan kena beratur kan... seklai ada pulak pakcik ni boleh cross dari sebelah sana hulur kat budak tu... yang geram tu budak tukang timbang tu layan pulak dia... kami yang beratur ni tercengang2 dah....

itu ok lagi masa aku nak bayar pun dia cross line aku sekali lagi... dia bawak troli aku cuma bawak bakul je... boleh dia celah depan perut aku troli dia tu....huuuu.. saje pakcik ni cari orang marah... mujur aku cepat bersabar malas dah nak layan.. orang nak cepat jugak pakcik oiii... tapi kalau kena perut aku semalam memang aku sound dah tu... saya mengandung ni pakcik.. hormat la sikit...sabar ita sabar....

balik2 je aku terus memulakan aktiviti memasak... sekali tengah menumis... aik apasal api ni cam nak keluar cam taknak je... aku tarik tong gas.. sah dah ringan dah.. cepat2 beritahu shah suruh dia beli gas lain... shah dah selamat keluar... tak lama tu tamatlah riwayat api aku tu haa.... padam terus...

aku melepak2 dengan anak2 tengok tv sementara tunggu shah... bahan2 semua aku dah siap dah.. tinggal masuk je dalam kuali... shah balik je.. terus sambung operasi balik... sap sup sap... siap mee goreng aku... selamat... tinggal tunggu berbuka je...

dan ini la hasilnya....


mee goreng dengan kerang rebus bersama daun kunyit..ambik ko dengan periuk2 aku hidang.. senang.. malas nak mengotorkan pinggan..

aku close up sikit...



p/s korang berbuka apa semalam?
Cerita menarik lain