Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 26 Julai 2012

Susu ibu dan khasiatnya tapi cabarannya?

salam sejahtera semua,

pagi tadi sempat terbaca blog BEN ASHAARI ... semenjak dah jadi Mr. Mama ni ben selalu cerita berkisar tentang anak... dan gadjet susu ibu dan juga pasal penyusuan susu ibu serta penjagaan bayi... ianya kadang-kadang amat berguna untuk orang lain yang kadang-kadang langsung tak tau apa-apa...

terbaru pagi ni cerita pasal Kenapa sibuk sangat nak kasi susu ibu ...

walaupun ben dah terangkan secara agak terperinci kelebihan susu ibu, sejujurnya aku  tak pernah tau dan nak ambil tau sangat semua kelebihan tu cuma apa yang aku perlu tau anak aku perlu dapat susu ibu dengan seikhlasnya... sebab tu jugak aku teruskan usaha mengepam walaupun kadang-kadang jumlah susu yang dapat cuma 2 auns je...

aku juga rasa masyarakat sekarang lebih terbuka dengan  penyusuan susu ibu ni.. kalau dulu ramai yang menghadapi masalah macam-macam dengan ibu bapa sendiri tapi sekarang ibu bapa ramai yang dah faham keperluan tu....

sebagai contoh mak aku sendiri mulanya agak tak percaya bila aku nak susukan abg ngah setelah gagal masa abg long dulu... bila abg ngah ada masalah lagi la macam-macam cadangan supaya aku tambah susu atau makanan lain sebagai pelengkap walaupun usia abg ngah masa tu belum 6 bulan... belum lagi cadangan kena kerap bagi air masak pada anak...

tapi masa aku menyusukan adik husna ni, mak lebih terbuka... terbukti pada satu majlis kenduri saudara yang kami pergi baru-baru ni...bila ada orang bertanyakan macam ni..

(masa ni aku tengah susukan adik husna direct)
sedara: angah keja kan?
aku: ye..
sedara: anak siapa jaga? masa kerja minum susu apa?
mak: angah masih bagi susu dia... dia pam dan simpan dalam peti.. banyak simpanan dia buat.. siap dah beku-beku...(hehe...mak yang jawab dulu)

di situasi lain...
(masa abah tengah berbual dengan mak pulak)
abah: angah tak bagi anak minum air masak ke?
aku: (baru aku nak jawab bagi gak sikit-sikit)... tapi...
mak: tak payah la bah... kami dengar kat tv baru ni kata tak payah bagi air masak sebab susu ibu tu dah ada 80 peratus air dah... (hehe... sekali lagi mak yang jawab)

di situasi lain lagi...
(aku tengah susukan adik husna dan berbual dengan mak)
mak: senang orang menyusu badan kan? tak payah susah-susah nak bawak termos semua...kalau gi klinik pun senang kan?
aku: ye mak senang sangat.. kalau dulu masa abg long bila tanya susu formula je nak tau bape auns sekali minum semua... payah la nak ingat bape kali pulak sehari menyusu.. ini cakap je bagi susu badan terus tak tanya lagi dah...
mak: tu la masa angah untung dah ada orang jual mesin pam semua... walaupun mahal jugak tapi berbaloi bila beli... masa mak dulu susah nak jumpa tu yang adik cuma menyusu sampai 3 bulan je pastu terus taknak dah menyusu..(terkilan sungguh suara mak masa ni)

bukan apa sangat yang aku nak kongsikan cuma cerita biasa yang mungkin terjadi kat orang lain... yang macam situasi kat yang pertama tu....

selalu ada orang akan jawab: ala... campur je susu lain... susah la nak kerja..

tapi aku akui menyusukan anak ni menyebabkan aku terbatas nak keluar kerja untuk masa yang agak lama atau memerlukan aku untuk bermalam... tapi buat masa ni kalau ada keperluan untuk ke Putrajaya untuk meeting atau seminar aku terpaksa gerak dari rumah awal-awal pagi seawal 4 pagi untuk sampai sebelum acara bermula...semua aku cuba gagahkan demi kasih sayang pada anak-anak...

aku tabik spring pada Irin Putri Azmi pasal dia berjaya susukan anak dia lebih 2 tahun walaupun kerjanya sentiasa memerlukan berkerja di luar kawasan...bila mood aku agak malas nak mengepam aku mula fikirkan orang-orang bersemangat macam ni untuk menaikkan semangat semula...

semoga Allah terus bagi semangat dan kemudahan bagi aku dan semua orang yang sedang menyusukan anak-anak mereka ketika ini.. amin..

p/s setiap pengalaman orang berbeza dan jangan salahkan diri anda jika anda tidak mampu memberi susu ibu pada bayi anda... jangan jadikan ianya punca masalah sehingga boleh mengancam jiwa anda dan bayi...
ramai juga yang menghadapi masalah macam ni.. sebagai contoh orang di sebelah katil saya semasa melahirkan husna dulu.. dia terpaksa bagi botol sebab puting susu dia terus tak ada.. flat...kesian dia...ada jugak masalah lain kat SINI .. Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah anak-anak izwa dpt menyusu sepenuh nyer 1 thn setengah & 2 thn tak campu FM pun... :)

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

good info and experience Ita

Ida_Iara berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat meneruskan perjuangan kak..saya pun sedang berusaha juga untuk anak kedua saya ni..anak first mmg takde ilmu penyusuan gni. Alhamdulillah dpt gak menyusu badan smpai 1 thn 2bln..wpn kat taska sy letak susu FM..tapi kat umah mmg tak beli pun.sebab anak kurang suka dgn FM..yg second ni Alhamdulillah dah lebih setahun setengah dah ni..

Ida_Iara berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah dapat mak yang mula memahami..best kan mcm tu?