Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 28 Mac 2017

Singgah Makan Lauk RM2 di Gerai Kak Som!

Lauk RM2 viral di Kuantan

assalamualaikum semua,

semalam along aku tag aku kat satu artikel pasal kedai makan lauk murah berharga 2 ringgit kat Kuantan, hebat betul sebab sampai keluar dekat suratkhabar Sinar Harian tu.. jadi disebabkan dah terkenal gitu aku pun nak cuba la jugak.. kalau orang sebut pasal makan sedap laju je kan aku ni...hahaha.. sila bertabah lah..

teruja kan baca ni?


dan kami pun secara rasminya membuat lawatan sambil makan ke Gerai Kak Som yang berada di Tanjung Api.. kalau nak tau agak mencabar cerita aku nak cari kedai makan Kak Som ni.. memula aku dengan shah dengan gamblenya kami meninjau secara rambang je kat kedai makan di sekitar Tanjung Api..

konon-konon niatnya nak tengok signboard la yang bertulis Gerai Kak Som seperti yang tertulis di suratkhabar tu.. jadi kami berhenti dan tengok setiap kedai makan yang ada sepanjang Tanjung Api tu.. siap sampai tersesat kat kedai makan kat Pantai Selamat lagi.. hahaha..

lepas tu dah abis dah usaha makanya aku suruh la shah bertanya dengan orang yang terdapat kat sekitar Tanjung Api tu.. kami memilih seorang pemilik kedai runcit tapi jawapan yang diterima agak mengecewakan.. katanya ada banyak kedai makan kat area ni.. "ya.. yang itu saya tau kak..."

dan kemudiannya aku terasa la nak terkucil menyebabkan kami mencari tandas pulak selepas tu.. aku pun singgah la kat tandas awam di kawasan Pasar Tanjung Api.. tandas yang sangat bersih, puashati betul guna walau cuma bayar 30 sen je dengan seorang makcik yang sangat baik.. aku sempat tanya makcik ni masa sebelum nak masuk tandas tu..

"makcik, tau tak kedai makan Kak Som?", aku mulakan perbualan.


"kak som? , tak pernah mak dengar pulak..", hampir kecewa bila dengar makcik jawab. makcik baik bahasakan diri dia mak.. terus sayu hati aku..
"kedai tu ada keluar suratkhabar mak, dia jual lauk RM2, mak ada dengar?", aku masih tak putus asa..nampak tak semangat makanan tu menyeru? haha.. 


"kalau kedai RM2, cuba la tengok dekat deret kedai sebelah ni, yang ada banyak gerai makan tu..", nampaknya makcik baik memberikan sinar harapan akhirnya... alhamdulillah..

dan kemudiannya aku ajak shah ke area kedai makan berderet kat Tanjung Api yang kalau ada musim bola penuh dengan screen besar kat sini.. kalau korang nak google boleh cari Lorong Tanjung Api 2, deretan kedai tu berada sebelah kanan sebelum lorong Tanjung Api 2 tu kalau dari arah Bandar Kuantan.

maaf la aku ni ambik gambar dengan mendongak


dan akhirnya kami berdiri kat depan deretan lauk pauk yang pelbagai pilihan.. alhamdulillah.. senyum je aku tengok sambil pilih.. pasal banyaknya pilihan sayur! best gila la..

tengoklah pilihan makanan yang pelbagai ni


dan layanan dari semua pekerja dia sangat tip top ok.. walau korang tanya nama lauk pauk tu berulang kali tetap gigih dia menjawab walau ramai orang.. tabik la kak!

ada ulam dengan sambal-sambal lagi kat tepi ni


dan mari tengok apa kami makan tengahari tadi jom.. kalau nak tau semua harga makanan kami makan termasuk dengan 2 gelas air sirap ni ialah.. cuma RM14 je tau.. murah kan? mata aku dengan shah terus "pling" bila tengok harga tadi.. fuh.. berbaloi..


lauk pilihan kami

sekali dengan air sirap

harga makanan sekali 2 cawan air sirap



dan yang paling best kedai ni dibuka setiap hari tau.. tak pernah tutup.. kalau korang nak cuba hari cuti sangatlah sesuai.. ada jugak menu lain dijual..macam mee celup.. ada lagi makanan lain tapi aku memang fokus makan je tadi.. jadi maaf la ye.. hahaha.. tapi kedai ni dibuka dari jam 7 pagi sampailah ke 4 petang.. dan kawasan kedai ni luas, kalau nak bawak keluarga memang sangat sesuai,

dari segi rasa dia pulak.. pada aku masih tak boleh lawan la kualiti makanan kat Mabiq dan ada satu lagi kedai yang aku belum cerita.. tapi dari segi harga ianya sangat berbaloi sebenarnya.. dan sangat berpatutan.. alhamdulillah bertambah lagi satu pilihan tempat makan di Kuantan.. terima kasih Kak Som!



Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki kak som tu..

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Perghhh mesti cuba dan carik kedai ni.. banyak gile lauk.. mesti ramai org ni..

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah... Bestnya... Banyak pilihan lauk dgn harga yg murah.. mmg murah la kalau nk kira zaman gawat ni...

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lauk dia..memang menyelerakan..murah pun murah

Nina Mirza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah laaa.... kalau dekat ni, tak masak Nina tiap hari.
Pi sana beli lauk bungkus jer... hehee

Dedaun Comel berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Waa bestnya.. bagus ni dikala ekonomi gawat ni ada juga lauk di jual murah

KHAIRUL AMRAN berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam ni punya harga pun dia boleh untung. Nampak kan, yang letak mahal-mahal tu saja nak pegi mekah balik hari.

eynda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Moga murah rezeki dia... bestnya kalau dekat boleh la pegi makan kat situ...