Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 3 Mei 2016

Paeh Patin atau Pais Patin buat pelanggan Restoran Mabiq termimpi-mimpi

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang memang wajib korang singgah kalau datang ke Kuantan...kiranya memang tak sah la kunjungan ke Kuantan kalau tak singgah tempat makan ni...

Nak tau restoran mana yang aku sibuk nak ceritakan ni? Aku cerita menu best dia dulu boleh? Hehehe dah ada yang marah pun tu...rilek la..hahaha...kat tajuk tu pun aku dah cakap dah kan... restoran ni tak lain tak bukan Restoran Mabiq kegemaran kami..


restoran Tanjung Lumpur
Restoran Mabiq Tanjung Lumpur Kuantan

Kami dah mula mengunjungi Mabiq ni sejak kami mula-mula lagi sewa rumah di area Tanjung Lumpur, Kuantan yang kawasan di mana ramai orang tempatan panggil seberang ni...kawasan ni mula-mula dulu masa tahun 2007-2008 takde orang nak duduk sangat..yang ada pun kebanyakkannya orang tempatan...dan kalau macam kami yang menyewa kat area sini dulu orang akan berkerut muka bila kami cakap kat mana kami sewa...ye la...masa tu takde apa kat seberang ni...jalan pun masih jalan lama yang gelap gelita tu...

Restoran Mabiq ni sendiri dulu tak terkenal macam sekarang...walau masa tu dah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan...masa tu hos dia anak Chef No 1 Malaysia tu...Serina anak Chef Wan...




Tempat memasak dia pun comel je dulu...jugak tempat makan dia...yang dewan memasak dia yang sekarang ni dulunya musolla atau surau bagi anak-anak yatim di bawah kelolaan Mabiq ni sendiri...dan masa tu Pusat Tahfiz dia pun ada di Restoran Mabiq ni...kawasan yang baru dibuka dekat dengan tempat bakar Patin Pais tu sendiri adalah pejabat Pusat Tahfiz Mabiq ni sebelum sepenuhnya berpindah ke tempat baru di Pantai Sepat...masa tu pun yang jaga kaunter tu Ustaz Jamal atau Ustazah Umee iaitu pemilik Mabiq sendiri..

Nak pegi ke restoran ni pun dulu agak susah sebab takde papan tanda khas menuju ke sini...orang tempatan pun ada yang tak tau restoran ni disebabkan kedudukannya agak tersorok ke dalam Kampung Peramu, Kuantan ni..tapi sekarang ni kalau korang ambik jalan dari lampu isyarat selepas bangunan Yayasan Pahang dan melalui Kolej Yayasan Pahang agak senang kerana ada je papan tanda jelas menunjukkan kat mana nak tuju ke Restoran Mabiq ni...dari peta di bawah ni dah boleh faham rasanya... ikut je tanda anak panah yang aku tunjuk tu... mudah je.. yang bertanda pangkah tu jalan dah ditutup dan dah tak wujud.. masuk je lorong berdepan dengan Surau Ar-Rahman...pasti tak akan sesat...

Peta Tanjung Lumpur
ini peta Restoran Mabiq untuk panduan mudah
akan ada banner macam ni di setiap selekoh utama -sumber blog Mabiq


Kenapa aku tau sangat selok belok restoran ni? Korang tentu pelik sangat kan?... Kan aku dah kata aku memang pengunjung setia Restoran Mabiq ni sejak 2007 lagi...dah dekat 10 tahun dah pun...masa tu diorang ada jual air laicikang diorang yang best gila tapi sayang sejak Restoran Mabiq makin besar ni menu air laicikang yang best tu dah takde dalam menu...sekarang ni cuma ada air balang yang pelbagai jenis je..tapi menarik sebab cuma RM1 je segelas!




Baru ni lepas aku dengan shah kemalangan motor kami berkesempatan pegi ke Restoran Mabiq lagi...tak ingat bila kali terakhir pegi tapi kali ni dah lain sikit..kaunter bayaran dia tu dah terasing sikit..dibatasi oleh ruang kecil untuk barang jualan...nampak lebih kemas dari dulu...cuma ruangan duduk bersila dia dah jadi lebih kecil banding dulu...ini antara sebab kami suka ke sini...ada ruangan duduk bersila disediakan yang selalu jadi pilihan untuk ibu bapa yang ada anak kecil...anak boleh dilepaskan di lantai bila ibu atau bapa nak menjamu selera..menarik kan?

tempat duduk bersila Mabiq ~ nampak tak suami dah tak sabar makan tapi si isteri masih sibuk ambik gambar  ;P


Konsep Mabiq ni pun amatlah mudah...pelanggan boleh ambil nasi dan lauk mengikut suka...ada jugak disediakan plastik dan getah bagi pelanggan yang nak bungkus lauk bawak balik...memang boleh kata keseluruhannya layan diri sampai ke ambil air minuman...dan bila pelanggan dan selesai akan ada pelayan yang mengira dari meja ke meja seterusnya memberi korang kertas siap kiraan dan jumlah bil yang perlu korang bayar di kaunter nanti...konsepnya di sini bukan setakat layan diri malah konsep percaya jugak..

Dan paling menarik setiap sen yang korang sumbangkan di Restoran Mabiq ni akan disalurkan sepenuhnya bagi perbelanjaan anak-anak yatim dan fakir miskin di bawah Pusat Tahfiz Mabiq ni sendiri...best kan? konsep makan sambil menderma...insyaAllah...




dah abis cerita sejarah Mabiq meh kita cerita pulak menu makanan dan harga makanan yang kami makan pada hari tu...kami datang dah agak petang selepas uruskan semua urusan di hari kemalangan...jadinya menu yang tinggal cuma terhad je...cuma ada menu pecah restoran yang biasanya memang mereka masak lebih macam masak lemak ciliapi daging salai...ikan patin tempoyak...ikan patin pais...dan ada la sikit-sikit lauk kampung lain...dan jugak ulam-ulam dan pelbagai jenis sambal..

di hari biasa inilah menu pilihan makanan yang ada di Mabiq - sumber blog Mabiq


korang baca menu mesti nak cakap eleh itu je menu dia ada...kan? eh...jangan tau...sebab apa? kalau nak tau Mabiq ni terkenal pasal menu yang ni je la...tak yah menu lain pun korang pasti mimpi-mimpi la nak datang Mabiq lagi...dan kami sendiri hari tu cuma ambik patin pais dengan tambahan ikan pekasam...kerabu mangga dengan sayur jugak ulam sikit-sikit...macam kat bawah ni haa...

menu pilihan kami hari tu...
pais patin
termasuk yang ini.. paeh patin atau pais patin


Aku buat jugak tekaan kat Facebook berapa jumlah harga makanan kami hari tu...rasa korang berapa? Meh tengok cebisan kertas kat bawah ni...

harga makanan kami di restoran Mabiq


nampak tak? Cuma...RM20 je tau...berbaloi kan?





Nak tau kenapa? Sebabnya harga makanan kat sini dah ditetapkan mengikut jenis hidangan...senang sangat..korang boleh buat anggaran mengikut bajet yang korang ada..contohnya macam ikan patin pais kat bawah ni...harga mengikut bahagian...jadi nak makan tepuk la poket...makan la ikut kemampuan...

harga Paeh Patin @ Pais Patin di Restoran Mabiq

Harga Patin Tempoyak di Restoran Mabiq


Ada jugak disediakan pakej untuk mereka yang datang berkumpulan...boleh buat tempahan dulu ke pengurusan Restoran Mabiq...pakej yang disediakan adalah macam kat bawah ni...boleh pilih mana yang sesuai dengan bajet korang...

pilihan Pakej Menu Pilihan di Restoran Mabiq serta harga

Untuk sebarang maklumat lanjut jangan tanya aku ok...boleh tanya no telefon kat bawah ni...rajin-rajin bertanya..insyaAllah tak sesat jalan..

Mabiq Restaurant / Restoran Mabiq
Lot 29738, Kg . Peramu, Tg. Lumpur,
26060 Kuantan, 
Pahang Darul Makmur
No Tel : 016 - 953 5699
Ustazah Umee Ruziani bt Ab Ghani
Waktu Operasi : Setiap hari (kecuali Jumaat-Tutup) dari 11.15 pagi hingga 4.00 petang



p/s dalam perjalanan balik ke kuantan semalam...jerebu teruk sepanjang jalan sebab hutan terbakar lagi :(
Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak selalu juga ke Tg Lumpur, tak pernah perasaan Mabiq ni. Tapi betul, dulu Tg lumpur ni sunyi, kan.. tak tahu pulak org panggil tmpat ni Seberang, hehehe

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

try la usha lainkali kak.. berbaloi-baloi.. tak jauh je dari rumah saya tu.. dulu jln tg lumpur sunyi gila..lampu isyarat pun takde lagi..

ZULHILMI TEMPOYAK berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seleranya masakan kampung... hehe

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan...hari2 pun tak jemu..

Tony Stark berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hmmm.. mabiq.. x pernah sampai lagi. next pi kuantan ai singgah

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masukkan dlm list wajib pegi next time..

AzzAMasturA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nasib dah penah try makan kat sini , akak iols yg bawak , sedapnyaaaa ! bila nak gi lagi :(

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

meh la dtg lg...bila cuti? balik ikut sini la pulak...tukar route..asyik ikut kl je..biasa sgt..