Khamis, 16 November 2017

Resepi Apam Viral

Resepi Apam Viral

assalamualaikum semua, baca tajuk best kan? lelagi tengahari ni.. pasal apam viral ni memang best.. rugilah kiranya jikalau ada yang cuba mengabaikan untuk membaca entri resepi apam viral ni.. hehehe.. jadi meh la baca.. memula tu untuk bakar semangat korang aku bagi tengok dulu gambar apam viral yang dah siap ni ye.. jangan bimbang.. walaupun rupanya tu tak semenggah tapi yang penting rasanya ok.. jom tengok apa resepinya!

Resepi Apam Viral


aku dah tengok beberapa hari ni kat group facebook dan wall kawan-kawan di facebook yang sibuk sana sini kongsikan gambar apam viral ni.. bermacam fesyen dan rupa la yang ada.. ada rupa yang agak wow.. ada yang ala kira ok la tu.. ada yang alahai sedih noo rupanya.. tapi apapun rupa yang dipamerkan nampaknya akhirnya berjaya jugak menjemput aku sama-sama menyertai cabaran viral ni jugak.. haruslah aku cuba macam aku cuba kek apam susu dulu kan..

maka dengan gigihnya aku cari telur kelmarin.. tapi disebabkan tak lari maka cuma hanya mampu buat semalam.. itu pun sambil berdrama dengan 2 orang budak kecik kat rumah tu yang macam tak reti-reti nak tidur walau hari dah lewat malam.. meh la kita tengok apa bahan dia..

Resepi Apam Viral

sumber facebook diubahsuai oleh Ceritaita

Bahan:

3 Biji Telur Gred A (aku guna 3 biji gred B)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (aku guna 3/4 cawan gula kastor)
1 sudu teh esen vanila (aku tambah untuk bagi hilang bau hanyir telur)

Bahan apam viral


Cara-cara:
1. Pecahkan telur satu demi satu dalam bekas.

pecahkan telur

2. Masukkan gula dalam telur.

masukkan gula

3. Putar gula dan telur sampai betul-betul kembang.




4. Bila dah kembang, masukkan tepung dan putar lagi. Aku gunakan mixer tapi ada yang kata guna blender atau pengisar makanan pun boleh.

5. Lepas tu boleh asingkan 2 atau 3 mangkuk untuk letak pewarna yang korang suka. Aku guna warna hijau dan merah.

6. Sediakan loyang, aku sapu minyak sikit pada permukaan loyang.

7.  Sementara tu boleh panaskan kukus dulu.

8. Letak adunan dalam loyang secara berselang-seli. Ikutlah kreativiti masing-masing.



9. Kukus dengan api kuat selama 30 minit.

10. Tunggu sejuk dan boleh keluarkan dari loyang untuk dipotong.



Tips.
1. Boleh je nak letak esen apa-apa yang korang suka untuk hilangkan bau telur tu. kalau tak letak pun takpe.
2. Tunggu betul-betul sejuk baru potong. Aku tak sabar belum sejuk dah potong tu yang hancur berkecai..hehe..
3. Kalau tak suka manis nak kurangkan gula macam aku buat pun ok.

Kesimpulannya pada aku apam viral ni sedap.. lembut dan senang nak dibuat.. rasanya lebih kepada rasa bahulu.. kalau bakar mungkin memang jadi bahulu.. apapun terima kasih pada yang sudi kongsikan resepi yang cepat dan mudah ni.. kurang-kurang kalau ada orang nak datang rumah, kuih yang mudah tapi sedap ni bolehlah dijadikan hidangan.. cara penyediaan dia pun tak susah mana.. anak-anak pun suka.. cuma lainkali mungkin aku akan kurangkan gula tu kepada 1/2 cawan pulak...


Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak cuba juga nanti lah Ita, macam mudah ja nak buat.. bahan pun tak banyak nak guna..

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Okey nak suruh adik buatkan..akak bab buat kuih2 ni failed

Nik Khazami Nik aziz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fuhh favorite ni!

Kaklong Chan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yang penting sedap. Lawa pula tu warna dia (y)

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Simple je nak buatnya...alhaii.

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

walaupun senang jek nak buat.. saya tetap tak boleh nak buat.. hahahahah~ tak de sape nak makan..

Puan Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh, cantik.. mudah snagat buat ni. patut laa ramai yang buat.. makan time ada majlis2 pun ok juga ni. buathidangan utk tetamu.

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Setiap pagi beli apam, hehe tak sempat nak buat sendiri lagi. Tengok resepi ni macam senang je, nanti nak try la masa cuti.