Jumaat, 5 Januari 2018

Biskut Gery Dark Chocolatos yang sedap!

assalamualaikum semua,  hari ni nak kongsikan cerita pasal biskut sedap.. dulu ada sekali pernah viral pasal biskut Gery salut cheese yang sedap.. siapa pernah rasa?  aku rasa ramai kot yang dah rasa.. sebabnya dah banyak terjual dan orang macam dah tak heran sangat dah kalau jual kat pasaraya tu.. kalau dulu waktu viral tu jangan haraplah nak nampak ada jual biskut Gery tu kat mana-mana.. tak sempat susun orang dah beli agaknya.. 

Biskut Gery Dark Chocolatos



dan kali ni aku cuba pulak satu lagi variasi biskut yang ada dari jenama yang sama..  aku tau pasal biskut ni dari kawan-kawan sekolah sebenarnya.. bila diorang tunjuk dulu takde pulak jumpa ada jual kat mana-mana masa tu.. agaknya macam biskut Gery salut cheese tu la kot kan.. tengah baru-baru popular.. harus habis.. 



tetiba kelmarin masa aku beli barang basah nak buat mee goreng yang sedap semalam,  aku ternampak pulak ada jual biskut Gery yang kawan-kawan aku sebut.. apalagi laju la capai sekotak.. sekotak je la sebab harga dia agak mahal jugak.. sekotak tu harganya dalam RM5.50.. dalam dia tu ada 10 batang yang dipek secara berasingan.. taklah disusun macam biasa jual dalam balang tu.. 



ini pek dia.. sebatang-sebatang


eh lupa nak bagitau yang biskut ni sebenarnya adalah biskut gulung yang jenis rapuh tu.. tapi dia unik sikit la sebab rasa dia tu macam diperbuat dari coklat gelap atau dark chocolate dan di sebelah dalam dia tu ada inti coklat cair dan coklat cair tu banyak tau.. penuh la dalam batang tu.. sedap jugak tau biskut ni.. sampai aku makan tu tak sedar dah habis sebatang.. hihi.. sesiapa nak cuba boleh la pergi cari di pasaran berdekatan ok dan kenalah usha-usha dulu pasal aku pun tak tau kat mana sebenarnya ada jual.. 



Ceritaita 


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap sangat.. Sha suka sebab dark coklat.. hehehe

Ibu Dilah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semalam dilah ada nampak jugak biskut gery yg baru ni kat pasaraya kat sini.. terpikir jugak nak try ke tidak.. tp bila kak ita ckp sedap next ime boleh la try.. hehe

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow baru

Nik Khazami Nik aziz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena try ni. sbb yg cheese tu sedap gila

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap ni. Aritu g kenduri kahwin Syafi dapat ni

Illya LeYa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Okay... ni belum try lagi..
Balik keje ni nak pergi cari la di Pasaraya.. Hehehe..

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap tak kak yg hat dark chocolate nih kak