Jumaat, 25 Mei 2018

Cara ajar anak belajar berpuasa

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la..


cara ajar anak belajar berpuasa
Cara Ajar anak belajar berpuasa


aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan..

dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan.. bukan untuk menyusahkan pun tapi sesuatu yang wajib tahu sebelum seseorang tu melangsungkan perkahwinan.. salah satu sebabnya.. suami atau isteri merupakan tunggak utama dalam alam rumahtangga.. bakal melahirkan zuriat yang suci murni yang perlu dibentuk mengikut landasan yang benar.. Rukun Islam ni terdiri dari 5 perkara asas yang wajib dilakukan oleh orang yang beragama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu..

jadi sebagai ibu bapa kita perlulah melatih anak kita yang telah dilahirkan dalam keluarga Islam semua kewajipan ni.. dan sebenarnya memang bukan mudah untuk mendidik orang lain bila kita sendiri pun perlu dididik.. aku la tu terutamanya.. masih banyak yang kena belajar.. teringat zaman mak aku dulu pun macam tu.. bila dah ada anak sendiri baru tau cabarannya macamana.. melalut panjang la pulak.. padahal cuma nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa je dengan korang ni.. hehehe..

Cara Ajar Anak Belajar Berpuasa ( Cara Ita)


1. Biar anak berpuasa pada usia yang dia mampu.

Korang kena jadi pemerhati yang baik dalam hal ni.. ada budak yang boleh berpuasa seawal usia 5 tahun dah pun.. ada yang sampai 9 atau 10 tahun pun masih kena sabarkan setiap masa.. jadi kenalah peka dengan anak masing-masing.. tengok jugak persekitaran dia macamana.. ada adik yang kuat membakar line dengan tunjuk makanan macam-macam ke tak.. atau ada kawan yang tak puasa di sekolah yang siap bawak bekal ke sekolah.. semua tu kena ambik kira tau.. kalau anak-anak aku setakat ni umur 7 tahun aku ajar berpuasa dengan betul.. tapi ikut jugak kesihatan semasa dia.. larat ke tak.. bukan main paksa je..

2. Tengok pada kesihatan anak dulu.

Kalau anak korang jenis yang ada penyakit tak boleh berlapar atau memang perlu ambik sesuatu makanan dalam jangka masa tertentu tu tak payah la korang nak paksa dia berpuasa pun.. bukan wajib pun pada budak-budak yang belum akil baligh.. Ingat! tengok dulu status kesihatan anak.. kalau demam atau ada tanda-tanda dehydration atau kekeringan korang bagi je la berbuka awal.. kena peka ya.. jangan sampai jadi kes strok haba pulak nanti.. 

3. Ajar anak niat berpuasa

Seeloknya korang beritahu dia terus niat berpuasa sebulan pada hari pertama.. sebab memang akan jadi kebiasaan anak-anak ni terlupa niat berpuasa walaupun dah bangun sahur.. orang dewasa pun selalu gitu lagi la budak-budak kan.. 

Niat Berpuasa Sebulan - ihsan google


4. Bagi anak bersedia dengan tenaga yang cukup.


Biasanya aku akan pastikan anak-anak bersahur pada waktu sebelum imsak.. kalau sebelum azan pun aku bagi je anak-anak ni makan dan minum.. walau mereka agak mengantuk dan tak mau apapun makanan waktu tu.. aku tetap paksa.. jadi kena la ikut selera anak-anak nak makan apa untuk sahur tu.. walaupun selalunya sahur anak-anak ni umpama makan sarapan pagi je pun.. tapi insyaAllah bagi anak-anak itu dah cukup untuk tampung tenaga diorang sepanjang hari.. jangan tak percaya tau.. budak-budak ni macam ada magik je.. kat gambar bawah ni ada panduan makanan sahur yang paling lama.. mungkin berguna untuk korang nanti..

Makanan berpuasa yang paling tahan lama


5. Bagi anak biasa dengan berpuasa.

Yang ni memang kena ambik masa jugak.. ada yang sekejap dan ada yang lama.. macam anak-anak aku ni, pada awal belajar berpuasa aku biasanya akan bagi berpuasa sampai tengahari.. lepas je pukul 12 boleh berbuka.. sehari lepas tu pujuk pulak dia teruskan sampai pukul 1 pulak.. cakaplah pahala lagi banyak kalau dapat lebih sejam dari semalam.. begitulah seterusnya.. 

6. Ini aku buat kalau ada rengekan atau rungutan

Ada jugak masa yang anak ni merengek-rengek nak mintak minum air ke makan ke kan.. biasanya aku pujuk la.. aku pujuk diorang suruh mandi bila diorang mintak air.. kena peka ya.. sebab kadang-kadang bila dia mintak air ni maknanya dia dah mula dehydrated.. jadi bila kita suruh mandi tu dapatlah anak ni segar sekejap.. nak kalau masih lembik tak bermaya.. suruh berbuka je la.. 

7. Elakkan bagi tengok tv rancangan memasak

Bila bulan puasa ni kan banyak betul rancangan memasak.. macam takde benda lain nak buat tv tu pun.. jadi kita la sebagai mak bapak kena bijak.. alih la perhatian anak tu dari mengingati makanan dan minuman.. ajak buat aktiviti bersama ke..  atau tonton rancangan lain.. atau ajak mengaji ke.. 

8. Beri ganjaran

Akhir sekali, aku biasa jugak beri ganjaran pada anak-anak pada hari pertama mereka berjaya lengkapkan sehari berpuasa.. bukan ganjaran besar pun selalunya.. memasak makanan yang mereka suka pun dah cukup dihargai bagi anak-anak ni tau.. atau tanya dia apa nak makan dan kita carikan di bazaar ramadan atau kedai pun boleh..


beri ganjaran yang biar tak besar pun tak apa


itu je la tips yang dapat aku kongsikan macamana cara ajar anak belajar berpuasa mengikut cara aku.. semoga bermanfaat terutama buat ibu bapa yang baru nak melatih anak berpuasa tu.. dan kalau korang ada cara lain.. meh la kongsikan jugak.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nice tips.. Setakat ni memamg tak paksa anak.puasa... Biarkan dia sedia ikut usia dia...