Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M - Cerita Ita                                                             Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M Langkau ke kandungan utama

Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M

Assalamualaikum semua,  baru je lepas dengar pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tadi mengenai penetapan 1 Ramadan 1439H atau pengisytiharan puasa 1439H/2018M pada tahun ni.. mulanya kami ingat dah terlepas nak dengar pengumuman tadi sebab dah nampak tarikh bermula puasa kat Berita TV1 yang tulisan bergerak-gerak kat belah bawah masa berita tadi.. tapi alhamdulillah dapat jugak kami tengok pengumuman yang julung kalinya nak dapat tengok tu.. 

Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M


dengan pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tu tadi sahlah yang umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Khamis, 1 Ramadan 1439H bersamaan dengan 17 Mei 2018 pada tahun ni.. alhamdulillah berbunga-bunga hati bila dengar pengumuman tadi..  macam ni rasanya setiap tahun menjelang Ramadan.. terasa istimewanya bulan yang satu ni.. kenapa aku cakap macam tu?  sebab aku rasa hati sangat-sangat tenang setiap kali berada dalam bulan Ramadan.. 

Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M


dan tahun ni aku harap sangat aku dapat dijumpakan dengan bulan kecintaan umat Islam ni di mana masing-masing berusaha merebut ganjaran berganda-ganda bagi setiap amalan yang dilakukan.. dan aku harap aku dapat tunaikan kesemua impian aku yang aku pernah tulis dalam entri Impian Ramadan ni aritu.. 

Selamat Bertemu dan Menjalani Bulan Ramadan yang mulia buat semua umat Islam.. dan selamat menikmati kehebatan bazar Ramadan bagi semua rakyat Malaysia yang menantikannya setahun sekali.. itulah uniknya Malaysia, masing-masing walaupun bukan beragama Islam sama-sama menantikan kedatangan bulan istimewa ni.. bagi sesiapa yang masih tercari-cari jadual imsak dan berbuka puasa boleh tengok di link jadual waktu imsak dan berbuka puasa ni..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. 

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum