Gathering ASL warrior di Restoran An-Nur's Kitchen, Putrajaya - Cerita Ita                                                             Gathering ASL warrior di Restoran An-Nur's Kitchen, Putrajaya Langkau ke kandungan utama

Gathering ASL warrior di Restoran An-Nur's Kitchen, Putrajaya

assalamualaikum semua, aku nak cerita pasal sesi gathering ASL warrior di Restoran An Nur's Kitchen, Putrajaya baru-baru ni.. meriah tau.. semua geng ASL Warrior dah cerita pun kat blog masing-masing macam Bonde, Kak SA , Mimi dan blogger Ana Suhana .. yang lain pun akan tulis jugak tu nanti.. korang tunggu la nanti.. sebab memang happening la gathering kami yang pertama ni..


Gathering ASL warrior di Restoran An-Nur's Kitchen, Putrajaya - Kredit gambar ke Mimi


eh ye ke yang pertama.. hahaha.. maaf la bukan yang pertama untuk diorang ahli ASL warrior ni semua tapi sebenarnya lebih kepada yang pertama untuk aku join gathering dengan ahli ASL warrior yang sweet-sweet dan sporting semuanya ni tau.. dan lebih lagi manis sebab kenangan gathering pertama ni kami cipta kat tempat gathering yang best jugak.. tak lain tak bukan di Restoran An-Nur's Kitchen di Putrajaya ni..

An-Nur's Kitchen di Ayer@8, Putrajaya


cakap serius ni tempat ni memang sesuai sangat untuk majlis gathering macam ni tau.. sebab tempat dia tu agak luas dan boleh menampung untuk bilangan yang agak ramai dalam satu-satu masa.. macam kami hari tu ahli je ada 7 orang yang dapat hadirkan diri.. campur dengan anak-anak dan pasangan masing-masing kira lebih 20 orang jugak la masa tu.. bayanglah dengan anak-anak kecik memasing.. kalau tak selesa mau mengamuk jadinya.. sebab tu pemilihan tempat yang luas dan selesa macam di Restoran An-Nur's Kitchen ni amat sesuai.. bukan tu je.. permandangan dari dalam restoran ni pun best tau.. boleh tengok tasik yang sejuk je mata memandang sambil menikmati makanan.. kiranya lokasi restoran ni di Ayer@8 ni memang strategik betul la..

ini permandangan dari dalam restoran


bukan kata tempat yang sesuai je jadi keutamaan bila nak buat gathering macam ni kan.. tentunya yang utama kita nak tengok makanan yang dihidangkan kat situ jugak.. ada banyak tau jenis makanan yang disediakan kat sini.. antaranya masakan panas, masakan thai. masakan barat atau western dan jugak seafood lambak.. meh la aku tunjuk gambar-gambar makanan yang ada.. nak bagi korang panas sikit bulan puasa ni.. hehe..

aku tunjuk dulu pilihan seafood lambak yang ada ya.. korang layan je la..

Seafood lambak


sejujurnya inilah kali pertama kami sekeluarga makan seafood lambak ni tau.. kat tempat lain pun tak pernah lagi cuba.. pernah la ada sekali nak cuba kat mana ntah tapi sebab stok seafoodnya dah habis jadi kami tak la merasa.. lepas tu entah kenapa pulak tak cuba lagi ntah.. tapi bila tengok je persembahan makanan seafood lambak ni aku rasa best pulak nak cuba.. terasa seronok macam makan nasi ramai-ramai je dalam dulang.. dahlah banyak pulak tu pilihan seafood yang ada dilambakkan kat depan mata.. sampai jadi rambang mata tak tau nak makan mana dulu.. 



sedapnya.. korang tak tergoda ke tengok ni?

kalau nak tau tuan punya An-Nur's Kitchen ni jugak ada satu lagi restoran iaitu SEAFOOD Fanatic yang terletak di sebelah An-Nur's Kitchen ni tau.. restoran ni kiranya dah terkenal jugak dalam menyediakan hidangan seafood lambak di Ayer@8 di Putrajaya ni.. kalau korang google SEAFOOD Fanatic tu mesti akan jumpa.. eh..  meh la aku letakkan harga yang ditawarkan bagi setiap hidangan.. pelanggan boleh pilih ikut pakej apa yang korang nak..



Senarai harga Seafood Lambak yang disediakan mengikut pakej


Ada bermacam menu masakan panas yang dihidangkan tau.. tapi untuk hari istimewa ni kami cuma ambik menu yang betul-betul istimewa je la.. serius tau.. ini memang yang betul-betul istimewa je masuk dalam senarai.. kalau tak caya meh tengok orang pegang udang Lobster kat bawah ni haaa.. istimewa kan..?




sedapnya tau.. tak sabar nak makan
tengok depan sambil acah-acah cakap.. kau ada? ;P
Bukan lobster yang menawan je ni yang ada tau.. ada banyak lagi makanan masakan thai dan masakan panas macam kat bawah ni..



Tomyam - wajib kena ada la kan..
Sotong goreng tepung - sedap tau
Udang masak telur masin - sedap!

kalau takde sayur tak sah kan.. 
ikan siakap 3 rasa
Telur bungkus
Harga menu masakan thai
Harga menu masakan thai

dan kalau ada yang tak berminat dengan konsep Seafood Lambak tapi masih nak makan seafood jangan risau tau.. korang boleh je order yang dalam pinggan.. macam kat bawah ni haa.. masih lagi mengekalkan konsep makan seafood atau makanan laut tapi dalam pinggan la.. tapi jangan risau tau.. langsung tak menjejaskan rasa dia yang tetap sedap.. 



Sotong, Udang, Ketam dan Lala dalam satu pinggan hidangan
Baby Lobster masak butter - sedap dan masih teringat-ingat rasanya
Lobster yang sangat menggoda

Korang boleh jugak merasa makanan barat kat sini tau.. itulah uniknya An-Nur's Kitchen ni.. semua jenis makanan pun ada.. ada bermacam pilihan.. untuk majlis gathering yang ada budak-budak ni haruslah kena utamakan budak-budak yang ada ni kan.. jadi ada jugak la hidangan tak pedas tentunya dan yang sesuai untuk anak-anak macam kat bawah ni..


French Fries, Nugget dan Ayam goreng


Roti John
Fish and chip
Chicken chop


Lamb chop
Spaghetti Cabonara
Harga menu makanan barat


ada bermacam jenis minuman jugak dihidangkan kat sini.. tapi kami ambik keputusan nak cuba air dalam Jug je untuk kami semua yang ada... senang keja kan.. habis boleh tambah-tambah je..


harga air
seronok tau acara makan beramai-ramai ni.. masing-masing laju je menikmati hidangan sambil kami berborak dan layan keluarga masing masing..


licin pinggan haa.. kredit gambar buat Mimi

dah kenyang tapi sibuk tengok apa lagi boleh dimakan.. haha - kredit gambar buat Mimi jugak


lepas acara makan-makan tu anak-anak dihidangkan pulak dengan aiskrim dalam kon.. sukalah masing-masing dapat aiskrim.. dapatlah anak-anak diam sementara mak-mak diorang pulak sibuk nak tukar-tukar hadiah.. memasing sibuk haa.. berebut-rebut nak ambik.. dan paling best aku tercabut nama aku sendiri sampai 2 kali.. hahaha.. kelakar betul!



berebut cabut nama untuk cabutan bertuah


akhirnya aku terpilih untuk dapat hadiah dari Anil dan Nora terima hadiah dari aku.. terima kasih ye anil.. akak suka sangat hadiah yang Anil bagi tu.. alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki Anil ya nanti.. buat Nora pulak.. harap suka dengan apa yang akak bagi ya.. dah last minute kelam kabut tak tau nak cari hadiah apa dah lagi.. tengoklah gambar kami kat bawah ni.. belakang Nora tu ada peti aiskrim.. dan luas kan restoran ni?


Bagi hadiah ke Nora - sorang pandang lain, sorang pandang lain.. haha

terima hadiah dari Anil

dan akhirnya majlis makan-makan selesai dengan jayanya.. eh silap.. majlis gathering ASL Warrior telah selesai dengan jayanya... dan kami kekenyangan sampai keesokkan paginya tau.. punyalah banyak makanan.. alhamdulillah.. syukur.. dan buat korang yang teringin nak makan makanan yang sedap dan pelbagai di Restoran An-Nur's Kitchen ni boleh la pergi ke Ayer@8, Putrajaya.. dan boleh je ikut alamat kat bawah ni ya.. untuk tempahan atau pertanyaan pulak korang boleh hubungi nombor telefon yang tertera tu.. 

Alamat :

An-Nur's Kitchen.
C1-G-5, Kompleks Perniagaan (Ayer@8),
Jalan P8G1 Presint 8,
62100 Putrajaya.

Untuk Tempahan / Pertanyaan :

017-4212649 (Faizeen)



sempat bergambar masa muka suci murni lagi

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum