Rabu, 17 Julai 2019

Bila tetiba teringin talam berlauk

assalamualaikum semua, inilah jadinya kalau semua bila tetiba teringin talam berlauk kan.. lepas tu pulak bendanya susah nak cari.. kalau dulu waktu di Kuantan kalau teringin talam berlauk ni boleh la order je dengan Kak Nenny.. tapi waktu tu takde la pulak teringin macam sekarang ni.. saja la memang ujian namanya..

talam berlauk
Bila tetiba teringin talam berlauk


kalau yang kak Nenny buat tu sedapnya lahai.. lembut dan lemak berkrim.. maklumlah yang air tangan pemenang Jaguh Kampung Musim Ke 5 rasanya dulu.. waktu kak Nenny menang dulu tak kenal pun dia lagi.. sekarang ni baru kenal orangnya.. terasa jugak ruginya sebab baru kenal.. sebab semua air tangan dia sedap belaka.. nak-nak laksa pahang dia.. hmm.. terasa-rasa kat tekak ni haa.. eh cerita pasal kak nenny pulak.. padahal nak cerita pasal kuih talam.. haha.. maaf kak..

Bila tetiba teringin talam berlauk

disebabkan talian hajat untuk order tu nun jauh di mata maka terpaksalah aku cuba buat sendiri kali ni.. jadi tak jadi tu cerita lain la kan.. kita cuba dulu.. dan aku pun cubalah.. dan akhirnya jadi walaupun rasanya ada ke laut sikit.. mungkin sebab terlebih kukus agaknya.. takpe lain kali kita dah boleh agak nak kukus berapa lama..

aku ambik resepi talam berlauk ni dari blog Yatiememories.. terima kasih yatie atas perkongsian resepinya.. ada jugaklah aku olah untuk sesuaikan dengan bahan yang ada kat rumah ni.. 

Bila tetiba teringin talam berlauk


Resepi Talam Berlauk

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan santan ( aku guna 3 cawan santan kotak Ayam Brand tambah 3 cawan air)
1/2 sudu camca kecil garam 
2 biji telur

Cara-cara

1. Semua bahan atas ni satukan dan tapis. 
2. Masak adunan atas dapur dengan api kecil sehingga berwap selama 3 minit.
3. Masukkan dalam loyang (10 x 10) yang dah disapu dengan minyak dan dialas dengan plastik. (aku guna loyang 8x8)
4. Kukus adunan selama 30 minit. 
5. Keluarkan adunan dan letakkan inti, daun sup dan daun bawang.
6. Biarkan sejuk dan boleh dipotong.

Bahan-bahan untuk inti

200 gram daging kisar
2 biji kentang (dipotong dadu - aku tak letak)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
3 sudu rempah kari ayam/daging (aku guna rempah kari daging Baba's)
2 biji cili merah dibuang biji dan dicincang
1/2 batang lobak merah yang diparut
Garam dan bahan perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara memasak inti

1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan isi daging kisar dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Masukkan semua bahan lain dan sedikit air.
5. Biarkan sehingga daging masak.
6. Biarkan sejuk untuk ditabur ke atas adunan talam.

Pada pendapat aku resepi ni dah cukup bagus dan sedap, cuma kalau boleh lainkali aku nak gantikan santan tu dengan santan segar untuk rasa yang lebih berlemak.. dan masa kukusan tu nak kurangkan sikit sebab talam tu macam keras sangat sampaikan inti atas dia tu tak berapa nak melekat... atau ikut tips blogger masakan lain bagi iaitu asingkan sikit adunan talam tu untuk titiskan atas inti semasa kukuskan inti dengan adunan talam buat kali kedua..

takpe.. masakan ni memang konsep dia kena cuba banyak kali sampai menjadi.. kalau tak jadi jangan putus asa.. yang kali ni bukanlah tak jadi sampai tak boleh makan cuma tak berapa berlemak dan lembut macam yang aku selalu makan.. agak keras sikit.. dan lapisan talam tu agak tebal sebab aku guna loyang yang lebih kecik.. lainkali mungkin kena kurangkan adunan.. nipis sikit lagi sedap kot.. tapi anak-anak tetap sukalah.. alhamdulillah..

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kira jadi dah tu Ita.. kadang kuih talam nie susah juga nak buat kan. Kak Sue jadi teringin lah pulak tengok yang Ita buat nie..

nurul aqidah azahar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya tengook..lapar plak perut ni