Selalu ke kena simpul biawak? - Cerita Ita                                                             Selalu ke kena simpul biawak? Langkau ke kandungan utama

Selalu ke kena simpul biawak?

assalamualaikum semua, korang selalu tak kena simpul biawak waktu mengandung? kalau aku dulu memang biasa kena.. kali ni agak jarang kena.. sebab kali ni aku banyak jaga apa yang aku makan.. lepas tu aku ambik susu jugak untuk tambahkan keperluan kalsium.. tapi ada la jugak kena simpul biawak tu.. bukan takde langsung.. 


Selalu ke kena simpul biawak?


eh lupa nak bagitau yang aku panggil simpul biawak ni sebenarnya kejang kaki di sekitar betis yang selalu ibu mengandung kena.. ada yang panggil simpul biawak dan ada yang panggil simpul mengkarung jugak.. tak pastilah macamana boleh dapat nama dia tu.. tapi  seram jugak kalau membayangkan ada biawak atau mengkarung kat kaki kan.. hahaha.. 

kalau kena memang merana la.. dua tiga hari jugaklah nak hilangkan kesan sakitnya tu.. kali ni aku nak kongsikan petua nak elakkan kena simpul biawak ni yang aku amalkan.. yang ni yang diajar oleh bidan waktu aku nak bersalin dulu.. bidan tu ajar supaya aku gerakkan ibu jari dalam gerakan ke atas dan ke bawah sampailah rasa kebas dan nak kejang tu hilang sendiri.. aku dah cuba beberapa kali dah.. alhamdulillah memang menjadi la jugak.. cuma kadang-kadang tu bila kena waktu tidur tu yang tak boleh nak elak dah.. 


Losyen panas Cosmoderm


lagi satu aku cuba dengan sapukan losyen panas sebelum tidur.. antara yang aku guna ialah losyen panas dari Cosmoderm.. yang ni paling best la.. sedap je kaki bila nak tidur tu.. satu lagi cara boleh buat jugak ialah pastikan kaki tertutup waktu tidur.. tak terdedah.. samaada pakai stokin atau pakai selimut.. itu je la yang dapat aku kongsikan kali ni.. 

nanti bebila aku nak kongsikan pulak cara aku elakkan bengkak kaki waktu mengandung.. harap dapatlah membantu sesiapa yang memerlukan.. 

Ceritaita 

Ulasan

  1. Nak cari 1 nanti, Kaki selalu lenguh dan sakit kalau berjalan atau berdiri terlalu lama boleh le sapu!

    BalasPadam
  2. Dulu masa preggy pernah kena sekali...last week baru kena sekali gak...giler punya sakit..nasib pintu bilik x kunci dan housemate tolong...

    BalasPadam
  3. Simpul biawak memang sakit sangat kalau kena. Dah pernah kena. Lepas tu topup dengan pil kalsium. Lega :)

    Nampak macam best losyen panas. :)

    Done follow sini ya #

    BalasPadam
  4. Masa ngndung ahri tu 2-3 kli gak kena. Tp sy ddukkan kaki tu ok lah. Kdg sapu mnyk pns. Nampak losyen ni cm best pulak. Xtau plak ade benda ni. Hehhe

    BalasPadam
  5. Kak Sue tak ingat dah ada kena ke tak masa memgandung dulu tapi rasa macam ada sekali dua kut. Cuma Kak Sue nie kalau mengandung punya lah alah teruk ya rabbi..

    BalasPadam
  6. ni sama macam leg cramp ka sis?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum