assalamualaikum semua, ni cerita minggu lepas sebenarnya.. baru sempat nak ceritakan pada korang.. line tak berapa ok hujung minggu kat rumah aritu.. jadinya hajat nak cerita lebih awal terpaksalah ditangguhkan.. sekarang ni asal petang je hujan kat area rumah kami ni.. kadang-kadang membawa ke ribut.. ributnya pulak siap dengan pakej angin kuat dan kilat sambar-menyambar lagi tu.. seram la jugak..
Hujan Air Batu di Kuala Lumpur |
hari Rabu minggu lepas mulanya aku dah rancang la nak jalan pasar malam.. nak cari apam balik kononnya.. teringin pulak tekak ni nak makan.. selalunya tak kisah pun.. entah kenapa pulak teringin sangat nak makan.. dan sebabkan ada pasar malam selalunya petang Rabu kat area rumah aku tu konon nak la pergi jenguk ada jual ke tidak kat situ..
mana sangka pulak hari yang elok panas dari awal tu tetiba je pulak hujan turun dengan lebatnya lepas pukul 6 petang tu.. mulanya ingat rumah kami dah bocor pasal rasa air masuk ikut tingkat belah depan tu.. biasanya memang tak pernah la jadi macam tu kalau hujan lebat.. tapi kali ni agak luar biasa la jugak.. aku pun siap cakap kat shah.. agaknya tempias je kot.. shah tetap la tak sedap hati dan jenguk la ke luar tengok.. kot-kot la ada bocor atau bumbung terbang ke kan.. tapi memang la masa ni ada bunyi lain macam kat atas bumbung dan angin sangat kuat..
rupanya lepas shah keluar tu baru tau bunyi yang kami dengar meletup-letup jatuh atas bumbung tu ialah hujan air batu! apa lagi teruja jugaklah kan.. lama dah tak jumpa hujan air batu ni.. aku pernah jumpa masa aku kecik-kecik dulu je kat rumah abah.. lepas tu takde dah.. anak-anak pun langsung la tak pernah jumpa kan.. memasing teruja jugak la.. tapi bila suruh keluar tengok sendiri memasing takut pulak.. haha.. tunggu je la ayah dia ambik dan tunjuk kat diorang.. tapi sebab saiz air batu tu tak besar mana cepat je la ais tu cair.. jadi gambar yang kat atas tu je la gambar terbaik kami ada.. dan malam tu kami tidur dalam kesejukkan.. macam pasang penghawa dingin je..
terfikir jugak apalah nasib orang meniaga kat pasar malam hari tu.. tentu semua bungkus agaknya.. hujan sangat lebat sampai ke lepas Isyak.. kesian betul peniaga.. tapi itulah kan.. rezeki, jodoh, ajal maut bukan kita yang tentukan pun.. kita selalunya cuma mampu merancang je.. Allah jualah yang tetapkan semua tu.. dan dah ditakdirkan rezeki diorang takde hari Rabu tu.. takde la maknanya.. mungkin ada rezeki di hari lain.. macam tu jugak rezeki aku nak makan apam balik.. pun samalah tak kesampaian hari tu.. hehe..
Ceritaita
salam isnin
BalasPadamsaya tak pernah lagi jumpa hujan air batu ni. tahun lepas dekat shah alam jadi
BalasPadam