Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50% - Cerita Ita                                                             Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50% Langkau ke kandungan utama

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%


Assalamualaikum semua, berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%


Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.

Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web mereka di http://www.dominos.com.my/.

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  MAKSUD POTLOCK sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya

Pengunjung