Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Jualan murah di SOGO

assalamualaikum semua, ni pun smaa kisah minggu lepas tapi disebabkan masih laku lagi nak diceritakan aku cerita la jugak.. hari Jumaat lepas aku ambik kesempatan masa rehat yang panjang untuk tinjau jualan murah di SOGO.. haha.. tak pernah aku buat pun sebenarnya.. eh ok tipu.. dulu-dulu adalah masa zaman belajar dulu.. tapi itupun tak selalu la.. kalau ada jualan murah beg atau kasut ke aku rajinlah jugak naik bas atau komuter dari Serdang nun.. tapi sejak dah lama meninggalkan KL ni jengah SOGO tu pun boleh kira dengan jari..

Jualan murah di SOGO


bila dah berpindah ke KL ni pun SOGO bukalah destinasi membeli belah untuk kami jugak.. ada la sekali tu bawak anak-anak jalan-jalan je.. abis tu balik.. takde beli apa pun masa tu sebab bukan tengah sale yang best pun.. tapi kali ni aku terperasan jugaklah iklan jualan murah di SOGO ni minggu lepas.. itu pun lepas abis check up klinik dan kena tegur dengan jururawat pasal dah masuk 28 minggu tapi masih belum sediakan apa-apa kelengkapan untuk anak dalam perut ni lagi.. haha.. terus rasa insaf dan mak laju la terus google "baby fair".. dan melintas masa tu ada jualan murah di SOGO masa ni.. tu yang terus rancang nak pergi Jumaat lepas tu..

rupanya bukan baju bayi je yang ada jualan murah.. ada jualan baju kanak-kanak jugak.. agak berbaloi la jugak kalau sesiapa yang nak beli pakaian untuk anak-anak ni.. betul la orang cakap biasanya lepas raya punya sale lagi hebat dari sebelum raya.. sebelum raya aritu takde pun macam ni.. ada jugak jualan barang kosmetik dan baju-baju dewasa kat tingkat bawah tu tapi aku tak jenguk pun.. memang hari tu fokus nak tengok baju bayi je.. jadi terus je la naik sampai tingkat 4 dia dekat bahagian baju kanak-kanak tu.. itupun selepas gigih naik bas percuma dari tempat kerja aku ni haa.. dekat je rupanya perhentian bas tu.. boleh la pergi lagi lainkali.. eh.. eh.. hahaha..

Jualan murah di SOGO
sampai-sampai je ada nampak baju budak lelaki yang harganya RM10, yang ni saiz baju macam baya-baya abg ngah dan abg long.. tapi aku tak belek pun.. terus je jalan.. sampai kat area depan sikit baru nampak baju bayi dari yang baru lahir 'newborn' sampailah umur dalam 2-3 tahun macam tu.. ada banyak la pilihan dan jenama.. kalau jenama Pocoyo dan Disney tu boleh dapat dari harga RM10 sampailah ke harga RM19.. banyak baju bayi lelaki dari pilihan baju perempuan..

Jualan murah di SOGO

kalau jenama Tenderly tu ada yang berharga dari RM12 ke atas.. banyak lagi la jenama lain.. korang boleh pilih-pilih jugak.. kalau baju bebudak tu banyak la jugak.. dan kalau tengok dari iklan dia tu jualan murah baju budak tu sampai 12hb je.. entah ada lagi ke tidak sekarang ni aku tak pasti la pulak.. tak pergi dah lepas tu.. aku dapat beli beberapa pasang tu pun rasa cukup la dulu.. lagipun kami belum pasti lagi jantina apa anak dalam perut ni sebenarnya.. jadi beli keperluan janji ada je la dulu.. dan yang universal.. semua jantina pun boleh pakai.. kalau sesiapa yang nak cari baju bayi tu korang masih boleh pergi sebab sale dia masih ada dari 12 Julai sampai 22 Julai ni ya..  sila la berkunjung.. aku malas dah.. haha..

Ceritaita




Ulasan

  1. jarang pergi sogo ni sebab selalu sangat sesak dengan orang

    BalasPadam
  2. Wah ada sale kat Sogo ya Ita.. tapi tu lah kawasan tu payah sikit Abang Man nak pergi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus