Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik - Cerita Ita                                                             Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik Langkau ke kandungan utama

Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik

assalamualaikum semua, dah hujung-hujung ni makin selalu pulak teringin nak makan macam-macam.. awal-awal dulu takde la pulak gitu.. eh ada la jugak sekali tu aku teringin sangat nak makan buah sukun goreng.. dapat la ihsan dari jiran setaman ni bagi buah sukun masa bulan puasa aritu.. hilang la lepas tu rasa nak makan pelik-pelik..

Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik


tapi boleh pulak tetiba minggu lepas tertengok rancangan Majalah 3, diorang cerita pasal buah belimbing Bintang Mas.. ada la ditunjuk buah belimbing tu dekat ladang.. dan kajian yang dijalankan di MARDI.. bila dah tertengok tu terus la tercerita dengan anak-anak zaman kecik-kecik ummi dulu selalu panjat pokok belimbing besi tepi rumah atuk abah.. tapi sekarang atuk abah dah tebang dah pokok belimbing besi tu.. cuma tinggal kenangan je la.. 

tapi dulu buah belimbing yang abah tanam tu masam sikit rasanya.. yang suka makan dulu pun mak je la.. mak sampai sekarang ni suka makan buah belimbing besi ni.. kalau jumpa mesti teringat mak.. balik kampung nanti bolehlah cari buat bekal ke mak pulak.. 

kebetulan pulak kami cari barang bayi kat Mydin Selayang aritu ternampak buah belimbing besi ni kat bahagian buah-buahan tu.. terus pilih satu pek yang ada 3 biji kat dalamnya.. harga dia dalam RM6.99 sekilo masa tu.. terfikir jugak boleh tahan dah harganya sekarang ni.. bukanlah belimbing bintang mas pun.. dulu-dulu buah belimbing ni antara buah yang takde harga kalau nak jual.. balik rumah tak terus potong sebab terlupa.. dan 2-3 hari baru teringat dan potong untuk makan bersama anak-anak.. kami lawankan dengan serbuk asam boi.. rupanya rasanya tak masam pun.. laju pulak anak-anak berebut habiskan.. tak cukup pulak 3 biji tu.. kalau tau waktu kami ke pasar malam Jalan Kuching aritu dah beli jugak ada yang jual longgok.. RM5 sebakul.. haha.. takde rezeki la nak makan banyak nampaknya..

masa ke pasar malam Jalan Kuching ni pun sebab nak cari apam balik la.. sebab tak dapat masa kes hujan air batu aritu kan.. jadinya keesokkannya kami jalan la ke pasar malam Jalan Kuching pulak pasal nak penuhi hajat mak buyung sorang ni kan.. gigihnya la.. mujur tak jauh dari rumah.. tapi jenuh jugaklah rupanya menapak kat pasar malam ni.. panjang rupanya.. haha.. dan ada 2 orang yang jual apam balik kat pasar malam ni.. kami beli dua-dua sebab nak rasa mana yang sedap.. tapi nampaknya dua-dua tak berapa memenuhi selera la.. 

Mengidam makan buah belimbing dan apam balik
ni ada dua versi apam balik berbeza


satu tu apamnya tak berapa naik.. dan intinya banyak jagung yang diletak pewarna berlebihan.. ngeri pulak nak makan.. kacang tak berapa rasa.. yang satu lagi tu apamnya cantik naik elok tapi part inti pulak macam kedekut sikit.. dia cuma letak kat tengah-tengah je.. tepi-tepi tu cuma rasa apam je.. rasa gula pun takde.. tapi eh.. dah dapat makan banyak pulak komplennya ye ita.. hahaha.. biasalah.. nak yang sedap je.. satu keping tu harganya RM3 untuk yang biasa.. tetiba pulak rindu nak balik Kuantan.. hehe.. rindu dengan apam balik pasar malam Kg. Peramu..

Ceritaita

Ulasan

  1. Susah nak dapat belimbing besi yang hijau macam tu kan..selalu jumpa yang dah betul- betul masak..alahai mak buyong ni..terus terasa kat tekak ha..apam balik pun akak suka yang jenis macam ni..yang mini apam balik tu tak berapa suka sebab tak puas makan

    BalasPadam
  2. Kat tempat saya, apam balik ni cuma ada hari rabu n ahad saja, time tamu .. Ada satu gerai tu saya suka beli, sedap jak apam dia.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi selasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum