akhirnya... - Cerita Ita                                                             akhirnya... Langkau ke kandungan utama

akhirnya...




tarra...hahaha...hari ni aku senyum lebar...tambah lak..bukan takat senyum je..dah sengih lagi...sebabnya...yang di atas tu la..

aku dah dapat makan siput sedut! wah berjaya akhirnya...

walaupun bukan masak asam pedas dengan keladi yang macam aku idam2kan..tapi kira ok la tu...muncung2 mulut aku makan lunch tadi..fuh lega..

anak dlm perut ni pun sama gak sibuk nyedut kot..sebab aku rasa dia tak berenti bergerak sepanjang aku makan tadi...ke dia suh ummi dia berenti atau dengan kata lainnya dah2 la tu ummmi oiii....

hari ni letih sikit sbb semalam tak tidur lena, hakimi kena muntah2..tah apa hal tah...lupa lak nak tanya cikgu dia apa yang dia makan semalam..
sudahnya pepagi ni gi opis lambat sebab antar dia gi klinik dulu...cam biasa la kan dia ni memang suka sangat jumpa doc..sesampai je dah nak ajak masuk bilik doc tu..sib baik leh saborkan dia..kalau tak buat malu je..masuk bilik doc lak terus2 duduk atas kusi, bukak2 mulut..bukak2 baju semua...hahaha...dia dah leh baca apa doc nak buat selalunya...so pesanan utk doc2 di luar sana, jangan nak menipu masa check..bebudak lum sampai umur 3 thn pun leh tau... tau!
last2 check tak demam pun cuma ada bunyi2 kahak sikit...dapat la ubat batuk dengan ubat tahan muntah...

lepas ni bercinta lak nak bagi mkn ubat...mesti dia pakat2 tutup mulut lg...waaa...abg meh kita pegang dia ramai2...

Ulasan

  1. ko memanggggggg...
    siap letak pic lagikkkk.....
    huwaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. opsss..hehe..saje je nyakat ko tu...hujung bln aku tepek yg masak asam pedas dgn keladi lak..bg ko terliur...hehe...haa...pe lagi balik malaysia cepat la!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...