waaaa...aaahh..ngantuknya... - Cerita Ita                                                             waaaa...aaahh..ngantuknya... Langkau ke kandungan utama

waaaa...aaahh..ngantuknya...

fuh..hari ni aku gi keja x bape nak semangat sebab mengantuk yang teramat...

ni baru je lepas makan ubi goreng dgn air horlick susu..dapat la segor sikit...pasni lak ada meeting..cam boleh terlelap je aku ni..nasib baik ahli meeting cuma 4 orang, kalau tak harus melayang...

sebenarnya yang jadi mengantuk sangat ni ada 3 sebab...pertama pasal anak bujang kesayangan aku tu la....dia kena batuk2 start semalam lagi..tapi semalam tak serius sangat...ada la terjaga 2-3 kali je..pastu aku tepuk2 elok je tidur balik...tapi semalam jadi makin teruk..siap nak termuntah lagi tu...aku pun sapu la minyak balm kat dada, belakang dan tapak kaki dia..baru la leh lena kejap2..sian dia..hari ni shah kata nak bawak gi klinik lepas keja..tu yang bersemangat je dia gi sekolah tu..pelik aku apa la yang dia suka sangat gi jumpa doc tu...?

sebab kedua lak, semalam kan tangan kiri aku ni kena cucuk..aku lak kalau tidur suka sangat mengiring belah kiri..tapi semalam cam jadi tak selesa la sikit...asyik kena ngiring belah kanan je..aduh..letih tau..kena lak budak hakimi tu tetiba datang manja nak tidur sebelah aku..kejap2 dilanggarnya tangan aku tu..aduh...tak leh nak kata apa dah..

sebab ketiga lak..aku terjaga kul 4 pg tengok2 bilik cam gelap semacam je...kipas pun tak berbunyi...pulak tu badan dah macam dok dalam oven..mana taknya..dua2 pakat himpit aku kat tengah2..sampai nak bergerak pun susah..aku kejut2 shah suh tengok kot2 electric trip ke apa ke? tau apa dia jawab...alal takde elektrik je tu..dan terus berdengkur balik..haaa..x leh nak kata apa dah..aku bangun gi bilik air..dlm bilik air terdengar budak kecik tu batuk2..bila aku naik katil balik rupanya dia dah jaga dah..siap senyum2 leh lak nak peluk2 aku tu...aku popok2 dia pun tidur balik...dalam setengah jam macam tu aku terkelip2 tak leh tidur...panas gila..lepas tu baru la ada elektrik balik...fuh lega ..baru la leh lelap balik...

Ulasan

  1. ita..
    kat sini xde plak ek cucuk kancing gg.
    agak2 aku balik nih, nak kena amik ke x ek..
    wah...kalo aku ler, mau ade mc terancang tu..
    antor anak g skolah then aku membuto..
    hehehhee...

    BalasPadam
  2. yanti,
    entah lah ye..diorang kata cucuk tuk untuk cegah kena kancing gigi (tetanus) masa melahirkan....opss aku pun x bape tau la..

    ko kena ambik ke tak? lagi la aku x tau..biasa diorang akan bg dlm fasa kedua ni la..kalau salah aku x tau la..aku pun lupa nak tanya..nanti aku try risik2kn untuk ko ye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...