selamat bertambah umur! - Cerita Ita                                                             selamat bertambah umur! Langkau ke kandungan utama

selamat bertambah umur!




semalam genap umur aku 31 thn...yeay dah lepas 30 dah..hehe..gembira? ceh tipu la tu sebenarnya tengah terkejor2 nak cukupkan 5 anak sebelum umur 35 ni..huh..berazam dahsyat tu..bukan apa..senang kalau nak sambung belajo lepas2 tu..tak la mikir nak terberanak lak nanti kan...hehe...semangat2...

hari ni aku amik cuti..pasalnya..hakimi akan ku hantar ke sekolah baru start minggu ni tp cam tak confident je nak hantar sbb sekolah tu ramai sesangat budaknya..ada lebih 30 org kat situ...cam sedih lak hati aku nak antor..ye la selama ni cuma ada tak sampai 15 org kat sekolah lama dia..huk..huk..aku lak yg sedih..tp esok kena lak gak hantar kat situ sbb yuran dah bayor pun...

semalam shah kuar minum dengan kawan dia pastu dia suh aku tunggu sampai dia balik, dia janji balik dalam kul 10mlm gitu..tunggu punya tunggu dah sampai habis semua siri CSI aku tengok...tetiba lak hakimi ngamuk2 dalam bilik...aku pujuk lagi tambah ngamuk dia cakap nak ayah..aku bior je dia nangis2 dalam bilik..bukan aku tak kesian tp bila aku nak pujuk dia pakat campak2 bantal dengan tendang2 semua barang atas katil tu..hangin aku tengok...

dalam kul 11.30 mlm, shah balik...tarraa..dia bawak balik kek coklat...sambil ucap selamat hari jadi sayang...hehe...mekasih bang....terharu tul ita...

hakimi lak dengar je ayah dia balik..tiba2 teresak2 kat pintu bilik..hehe..nak perhatian la tu..tp last2 gi kat riba aku gak suh aku pujuk..apara...pastu aku dgn kimi sama2 tiup lilin dan potong kek...hehe..menyebok je budak kecik tu kan?
makan lak kek coklat tu dah tengah2 malam...

gambar aku upload esok kat opis la ye..ni ada lak budak kecik ni, aku kuar je kamera dia dah sibuk2 dah...

terima kasih gak kat kwn2 yg bagi wish start kul 12tgh malam lagi...huh..terharu betul aku..mekasih ye..

niat aku sempena hari lahir ni...hmmm aku nak dpt anak2 lg lepas bersalin nanti...dan semoga aku leh jadi isteri dan ummi yang baik buat shah dan anak2 aku nanti...insyallah..doakan ye kekawan...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...