fuh...santai... - Cerita Ita                                                             fuh...santai... Langkau ke kandungan utama

fuh...santai...



malam tadi shah bawak kami makan kat Santai...fuh cam best jek...sebenarnya dah lama dah aku merengek kat dia nak makan kat santai tu tapi selama ni dia kata nanti la dulu..nanti la dulu..sampai dah naik panjang dah muncung aku ni ha...

ye la dok kuantan ni dari 2004 lg..pastu pindah kb jap pastu pindah balik kuantan..sampai anak dah nak 3 tahun pun haa..tak penah sekali pun jejak santai tu...hehe mesti korang pelik kan apa la yang best sangat kat santai tu yang aku sibuk2 sangat kan..jawapan aku ntah..aku pun tak tau...tapi kan kalau aku balik umah selalu la aku nampak keta penuh je kat parking dia tu..cam sedap je kan makanan dia tu...maka semalam shah gagahkan diri gak la nak ke santai tu...hehe...tu pun disebabkan aku ngandung tau..kalau tak entah ler...

aku siap cakap kat dia lg tau yang ni kan kira cam pre-anniversary dinner kita la kan bang...sbb anniversary kita tu jatuh bulan 6 dan masa tu ita tgh pantang..mesti la tak leh nak makan2 camtu kan...hehe..bijak tak aku?

jadi malam tadi kami ke Santai..sesampai situ kul 8.30 mlm..org tak ramai lagi..cam blur2 je kan..sebab lampu dia cam malap2 je..nak tengok menu pun susah...kami siap tala2kan menu tu kat tiang2 lampu dia lg tu..hehe...makanan kat sini...biasalah kan...sea food..makanan panas dan western food...harga..boleeeh tahan...

pastu kami pun order air laici, epal dan tembikai...opss lupa nak cakap adik ipar aku pun ada sekali..sebab tu air ada 3 tu..makan lak..shah order nasi goreng santai (sea food), adik ana order nasi goreng kampung...aku lak...grilled lamb chop with black paper sauce..huhu..besar selera mak buyung ni...sambil tu kami ambik sup cendawan sekali dgn garlic bread sorang satu dan ditambah lak dengan sayur masak 4 sahabat...semua tu harga dia rm58...leh la kan?
aiseh kamera tinggal lak...gambar2 aku tepek kendian ek...

aku dah tepek gambor dah...




rasa dia marbeles gak la...sayur tu sesedap namanya..dgn lamb chop dia pun sgt sedap...tapi sbb terlampau banyak aku siap tapau bawak balik tu..hehe...

hakimi la? langsung taknak makan...pelik aku..dia asyik nak main2 kat tepi2 kolam je...pastu..dah dalam kul 9.30 mlm dia dah terlepek..tanya nak tidur ke..dia angguk2..ala siannya dia...pastu tengah jalan shah ajak singgah kat kedai baju bundle lak...singgah punya singgah..dapat lak sweater sorang sepasang..shah ngelat sikit, dia dpt 2..hehe..murah2 jek..rm35 semua sekali pree dgn topi pooh n the geng utk hakimi...pastu terus balik umah sbb hakimi dah terberak la pulak...sampai umah kul 10.45 mlm la lebih kurang...basuh berak kimi..mandi2 kan dia..dan dia pun zzzz...

walaupun sebenarnya x seberapa la sangat kalau nak kira makan kat santai tu..bukan makan hotel 5 bintang pun kan..tapi aku cukup puas hati..makanan pun sedap..siap pesan kat shah lg lainkali kita santai2 kat sini makan french fries dgn mushroom soup je kan...hehe...

apa pun mekasih bang sbb tunaikan hajat ita...love u soooo much...muaaaah...

Ulasan

  1. wah...besttnyer makan2.
    aku, lamb chop..bikin sendirik la..
    telan ajer la..sedap ke x..
    huhuhuhuhu..

    eh, hakimi tahun ni genap 3 tahun ke?
    bulan bila ek?
    ammar bulan depan. 6hb genap 3 tahun.
    wah..kalo betul,
    anak2 kita seme sebaya ekk..
    hehehehehehe..

    BalasPadam
  2. yanti,

    aku selalu nak buat sendiri tp saje je bagi alasan..xde kuali leper..hehe..

    hakimi genap 3 thn bln 4 ni...hehe..pas adik diorang ni..kita plan thn depan satu lagi mcmana?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...