Akhirnya adik Husna potong kek! - Cerita Ita                                                             Akhirnya adik Husna potong kek! Langkau ke kandungan utama

Akhirnya adik Husna potong kek!

assalamualaikum semua,

curi masa dengan anak-anak untuk update blog..

sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam.. semalam pagi aku berebut tunaikan janji pada diri sendiri nak buatkan kek yang besar sikit lepas kek yang buat sebelum ni... (sila selak post sebelum ni) tak berapa molek dan terlalu comel..

maka dengan gigihnya bangun awal pagi untuk buat kek adik...(dan abg-abg dia)

dan akhirnya terjadilah kek berikut ni....


kek coklat kukus harilahir husna 


kek coklat kukus harilahir husna 


dan aku ada jugak buat kek yang comel-comel saiznya macam kat bawah ni...


kek coklat kukus comel 

konon yang comel panjang tu untuk makanan orang kat rumah tapi rasa tak sampai hati la pulak takut kat taska tak cukup je nanti.. sudahnya aku suruh je anak-anak bawak semuanya...

maaf ye bang.. untuk kat rumah ita buat yang lain pulak ye bang..

dan aku siap pesan pulak kat cikgu dia... karang masa husna nak potong kek..mintak cikgu dia tolong ambikkan gambar dan hantar kat wassap... haha.. advance kan sekarang ni...

dan alhamdulillah...cantik-cantik gambar yang cikgu hantarkan... terima kasih cikgu Ina...

meh kita layan gambar yang cikgu hantar ye...

majlis hari lahir




ada drama sikit yang berlaku sebenarnya... abg ngah menangis nak potong kek jugak...haha... sudahnya adik dia yang pujuk...






nampak tangan adik kat belakang abg dia tu...? hahaha...


lepas tu sesi suap-suap makan pulak.. no wonder la budak-budak kat taska share penyakit je kan..? hmmm...





dan alhamdulillah.. misi mini birthday celebration untuk adik husna genap 2 tahun dah berjaya...

errr... ada sesiapa teringin nak buat kek macam tu... meh ikut resepi kat Kek Coklat Kukus  tapi yang ni aku buat 2 adunan ye..


p/s abg dia pun sibuk lagi... bila pulak nak buat kek besar untuk saya pulak?..huhu..

Ulasan

  1. sukanya tengok kek yang ita buat:-))

    BalasPadam
  2. Comelnyaaa Husna... dah jadi anak dara dah yer....

    Ooo...ye tak yer gak kan. Kenapa tak dipotong kecik2 dan bagi kat semua sorang satu kan... Patutlah sorang selsema, semua pun selsema.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat