cutikan saya.. - Cerita Ita                                                             cutikan saya.. Langkau ke kandungan utama

cutikan saya..

assalamualaikum semua,

semua orang masih kerja dan bersekolah ke esok? atau dah ada yang bercuti?

abg long masih kena sekolah esok..ada pengagihan bantuan persekolahan RM100 esok... aku pun masih kena keja... shah je off esok.. jadi dia kena kemas baju nak bawak balik kampung... hahaha...

hari ni jem teruk kat kuantan ni... shah lambat ambik aku.. kena ambik abg long dulu... kesian pulak kalau dia lama-lama kat transit... takde kawan kat situ...aku kat opis sorang-sorang takpe.. kunci pintu terus buat kerja kat dalam ni..aman je...

pelik kan tajuk kat atas tu?

ini cerita dialog ibu dan anak lagi la macam biasa...

cerita di malam isnin...


abg long : ummi...

aku : ye sayang... ada apa?

abg long : ummi cutikan saya je la ye...

aku : kenapa pulak?

abg long : ummi cutikan saya la... kita balik kampung... jumpa atuk...saya dah rindu atuk...

aku : laaa...mana boleh..abg long kena sekolah... minggu ni sekolah kejap je..lepas tu cuti.. baru kita balik kampung jumpa atuk..

abg long : ala ummi.. ada kawan saya..perempuan... mak dia bagi surat kat cikgu nak cutikan dia..mak dia nak balik kampung jumpa atuk dia.. ..ummi pun boleh la cutikan saya jugak...

aku : agaknya atuk dia tu sakit tak? sebab tu mak dia mintak cuti..mana boleh suka-suka mintak cuti kat cikgu kalau cuma nak balik kampung je...

abg long : ala... ummi...

aku : sekejap je abg long sekolah ye... hari khamis kita balik kampung ye...

abg long : (senyum kelat)..



alahai cucu tok wan ni...dah rindu atuk dia... kalau atuk dengar mesti cakap... "abg long tinggal sini je la sekolah kat sini...nak?".... errrkkkk...


p/s tekak teringin kek macam2 tapi malasnya nak buat....arghhhhh...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum