lagi... anak 3 tahun ditinggal di dalam kereta?
10:37:00 PGassalamualaikum semua,
di pagi yang barakah ni... hujan turun tak berhenti di Kuantan ni... sekejap lebat.. sekejap renyai... alam seperti menangisi permergian seorang anak yang baru nak mengenal erti hidup...
kisah yang berlaku di awal tahun 2014 di Kuantan ini semoga jadi pedoman pada semua terutama yang bergelar Ibu Bapa supaya jangan berulang di masa akan datang... pilu rasanya hati membaca cerita seperti ini... walaupun sedia maklum keluarga lagi merasai beban rasa bersalah sampai bila-bila... diharap selepas ni ada pihak yang sudi supaya keluarga seperti ini dibimbing dari segi kaunseling menangani musibah ini... supaya mereka..terutamanya ibu bapa lebih kuat mengharungi kehidupan demi anak-anak yang tinggal...
mari kita baca kisah di sebalik cerita sedih ini...
![]() |
Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) membawa keluar mayat Muhammad Ariff. |
Budak mati ditinggal 9 jam dalam kereta
Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam.Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.
Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.
“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Lupa hantar anak ke taska
Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.
dan lagi berita dari sumber harian metro
Bapa tak sedar anak dalam kereta
Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
![]() |
KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam. |
di kala ini lebih elok kita pun sama-sama amalkan berdoa dan bermohon supaya Allah jauhkan sifat lupa dalam urusan kita seharian... baik dalam solat... kerja... dan mendidik anak-anak... semoga menjadi panduan berguna untuk semua....
panduan doa yang boleh diamalkan....
![]() |
Doa Untuk Mengelak Lupa - SUMBER |
Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir 'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.”
Ia bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)
Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.
Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.
sumber
p/s aku tadi pagi pun dan tertinggal baju dan kasut abg long masa ke transit...semua boleh jadi kalau kita kelam kabut dan tak teratur.. mulai minggu depan semuanya perlu diatur semula...Ya Allah permudahkan urusan kami untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak kami..amin..
6 Luahan Ikhlas
ya allah
BalasPadamsedih nyer :(
BalasPadamSyurga tempat mu anak.....jemput follow blog saya yang tak seberapa itu..;)
BalasPadamhttp://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
mungkin pada kenderaan perlu dibuat sensor keselamatan...ye la skrg ni bemacam perkara nak fikir termasuk gst borang online sekolah jadi memang mudah lupa dan lalai...
BalasPadamsensor keselamatan perlu dibuat pada kereta masa kini...kerana orang sekarang mudah lupa kerana banyak menda perlu difikirkan...
BalasPadamya Allah.. kesiannya :'(
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen :)