Kau diet ke Ita?

10:50:00 PTG

Kau diet ke Ita? 


Kau diet ke Ita? 



Ini bukan kisah kejayaan.. tapi sajalah nak kongsi.. Ada yang tanya.. kau diet ke ita?


Aku jawab ya.. dah bertahun aku diet.. memula aku buat Diet Suku Suku Separuh.. yang ni dari 2020 aku dah mula.. tapi ada masa terpaksa la langgar..


Berat turun ke masa buat DSSS ni?  syukurlah turun walaupun tak banyak.. berat asal aku masa aku buat ni dah nak jejak 80kg ok.. belum la sampai tapi hampir sampai.. sesak dengan baju saiz biasa.. terpaksa beli baju baru yang saiz lebih besar.. azab kan? 


Lepas tu berat aku jadi statik dan turun naik je.. last dia statik kat 72kg tapi inci memang ada kurang banyak.. memula seluar saiz 36 dah jadi saiz 34.. 


Sekarang ni dah seminggu aku cuba pulak buat IF.. intermittent fasting.. ayat sebenar dia aku cuma skip meal je.. selalunya tak makan pagi dan malam.. aku ambik 1 @ 2 meal je sehari.. makan dengan kadar biasa aku buat DSSS aritu.. 


Itulah hikmahnya aku dah buat DSSS dulu jadi badan aku dah terbiasa makan sikit.. badan dan fikiran dan terset jadi tak susah sangat.. kita tinggal buat je.. 


Dah diet kenapa pulak asyik tunjuk gambar makanan? 


Haa.. yang ni kena tau.. makanan tu terapi.. makanan sedap tu terapi bonus.. jadi aku cuma enjoy terapi tu je la.. bukan buat apa pun.. masa makan tetap kena beringat.. 


Sekarang ni berat aku dah cecah 69 kg kekadang ada la ternaik sikit ke 70kg dan dia turun balik.. gitulah tengok kerajinan bersenam jugak.. 


Perjalanan masih jauh.. doakan aku ek..


Ceritaita


You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. Kak Sue pun macam nak kena diet jugak nie.. baju semua dah ketat..

    BalasPadam
  2. Akak dah start...sejak kaki dah mula sakit2 especially lutut...terus gigih turunkan berat badan

    BalasPadam
  3. kena kuat semangat nak buat ni. bialalh aku nak start ni ta. berat makin naik ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini