Langkah mengawal obesiti pada dewasa dan kanak-kanak - Cerita Ita                                                             Langkah mengawal obesiti pada dewasa dan kanak-kanak Langkau ke kandungan utama

Langkah mengawal obesiti pada dewasa dan kanak-kanak

Langkah mengawal obesiti pada dewasa dan kanak-kanak 

Assalamualaikum semua, awal bulan baru ni ada diadakan hari obesiti sedunia.. banyak maklumat mengenai obesiti diberikan oleh KKM.. marilah aku kongsikan apa yang ibubapa perlu tau tentang kesedaran obesiti.. 

cara mengawal obesiti
Langkah mengawal obesiti pada dewasa dan kanak-kanak


eh.. karang ada pulak yang tanya kenapa aku sibuk-sibuk nak cerita pasal kesedaran obesiti ni kan.. sebabnya aku pun masih dalam fasa memerangi obesiti bagi diri sendiri ni haa.. masih berada dalam kategori obes iaitu berlebihan berat badan.. disebabkan masalah diri sendiri, jadi kenalah ambik info yang patut supaya sama-sama belajar dan sama-sama tau cara dan langkah nak cegah obesiti ni terutama pada kanak-kanak.. 


Apa itu Obesiti? 


Obesiti didefinasikan sebagai pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan ianya merupakan salah satu faktor risiko utama kepada pelbagai penyakit seperti Diabetis, hipertensi dan serangan jantung. Individu obes juga lebih berisiko mendapat gejala  teruk COVID-19. 


Kalau dah disebut obesiti ni satu masalah.. macamana nak kawal? Jadi aku kongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti.

8 Langkah Pencegahan Obesiti


8 Langkah Pencegahan Obesiti


1. Pilih makanan yang kurang kandungan gula dan lemak. 

2. Makan dalam kuantiti yang kecil setiap kali mengambil makanan. 

3. Kurangkan masa penggunaan gadget,  gantikan nya dengan aktiviti riadah. 

4. Minum air secukupnya,  sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

5. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. 

6. Elak mengambil makanan berat sebelum tidur dan lewat malam.

7. Pantau berat badan anda seminggu sekali. 

8. Lakukan senaman secara tetap dan berkala. 



Masalah obesiti bukan hanya masalah orang dewasa sahaja.. sekarang ni dah ramai juga kanak-kanak yang mengalami obesiti.. Obesiti kanak-kanak bukan sahaja mengundang penyakit dan masalah fizikal malahan tekanan emosi dan psikologi seumur hidup mereka.. 


Punca obesiti kanak-kanak mungkin berbeza termasuk dilahirkan besar akibat genetik atau ibu menghidap Diabetes tetapi faktor utama tetap berkait rapat dengan gabungan masalah pemakanan dan aktiviti fizikal.


Ibu bapa dan keluarga perlu mengambil berat faktor penyumbang masalah ini dan mula bertindak mengawal berat badan anak mengikut seperti yang disarankan bagi menjamin generasi masa depan yang sihat dan cemerlang.


Aku kongsikan juga langkah-langkah bagi menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak dari KKM ni buat panduan ibubapa.



7 Langkah menggelakkan obesiti pada kanak-kanak 

7 Langkah menggelakkan obesiti pada kanak-kanak 


1. Elakkan snek yang tidak sihat kerana mengandungi lemak,  gula dan garam yang tinggi. 

2. Tingkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak dengan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan,  riadah dan seni mempertahankan diri. 

3. Berikan susu ibu sahaja bagi bayi baru lahir dan di bawah 6 bulan. Mulakan makanan pelengkap bila umur bayi 6 bulan ke atas. 

4. Ambil sekurang-kurangnya 3 sajin sayur dan 2 sajian buah setiap hari. 

5. Makan mengikut keperluan dan saiz sajian yang betul. 

6. Hadkan minuman ringan dan manis. Gantikan dengan air kosong, susu atau jus buah tanpa gula. 

7. Kurangkan kekerapan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera. 


Berdasarkan kajian National Health Morbidity Survey (2019),  satu antara lima orang dewasa (18 tahun dan ke atas) dan satu antara tiga orang yang berumur antara 5-19 tahun di Malaysia adalah obes..

kadar obesiti Malaysia berbanding negara Asia


World Population Review (2019)  pula melaporkan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai prevalens obesiti di kalangan penduduk dewasa yang tertinggi berbanding dengan negara Asean yang lain.. Berdasarkan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2017)  pula, prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan yang kedua tertinggi selepas Brunei.. Data yang agak menyeramkan bukan?


Obesiti juga adalah merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan boleh menjadi punca utama yang menyebabkan penyakit tidak berjangkit lain seperti Hipertensi, Diabetes dan kegagalan jantung.


Sempena Hari Obesiti Sedunia, marilah  bersama-sama  berazam untuk menjalani gaya hidup sihat untuk mengelakkan obesiti dengan:


✅ Makan makanan sihat dan seimbang

✅ Aktif secara fizikal

✅ Elak minuman alkohol

✅ Berhenti merokok

✅ Urus tekanan dengan baik


Jomlah untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah  obesiti..


Ceritaita

Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian...kakak Dania pun dah 60kg dah...lepas ni kena jaga pemakanan dia...

    BalasPadam
  2. kat malaysia makanna sedap2 tu ramai yg obese termasuk aku haha.. kena cecepat insaf ni

    BalasPadam
  3. Sy pon dah masuk kategori obesiti tgh usaha nak keluar dari kategori nih hehehe

    BalasPadam
  4. Masalahnya banyak makan tetapi kurang bersenam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat