Menang Hadiah dari Contest Blog - Cerita Ita                                                             Menang Hadiah dari Contest Blog Langkau ke kandungan utama

Menang Hadiah dari Contest Blog

Menang Hadiah dari Contest Blog

Assalamualaikum semua, baru ni kan aku sertai contest dari Blog Mamapipie.. sertai sesaja je takde pun harapan menggunung nak menang.. tapi dah rezeki tertulis agaknya nak menang hadiah dari contest blog Mamapipie ni.. tetiba diumumkan sebagai Pemenang Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie..

Menang Hadiah dari Contest Blog


Jadinya adalah rezeki menang tu kan.. dah menang kita bersyukur la.. apa lagi.. walaupun selalunya kalau pemilihan dijalankan dengan cabutan ni jaranglah jugak nak bertuahnya.. alhamdulillah.. kali ni rupanya rezeki mencurah-curah agaknya.. amalkan doa murah rezeki setiap hari ya.. insyaAllah murah la rezeki tu nanti.. Allah takkan bagi sesaja kalau hambaNya tak meminta.. kalau ada juga tanpa meminta tu kira bonus la tu..

Ala.. dia kira macam anak nak duit belanja.. ada yang kita dah bagi sesiap tapi apa yang wajib la.. kalau anak nak lebih tentu dia kena mintak kan? samalah kita ni pun... nak rezeki lebih dari biasa kena meminta dengan baiknya dari Dia.. cepat dengan lambat je la.. inysaAllah pasti akan tertunai nanti.. korang percaya macam aku tak?

Hadiah yang dimenangi

Hadiah beg cantik


Eh melalut.. meh la kita tunjuk hadiah apa yang kita menang ni.. aku menang hadiah beg cantik ni dari Blog Mamapipie.. terima kasih mama.. teruskan buat contest yang menarik tau.. 


Kalau korang yang nak join pun boleh.. dia ni rajin buat contest screenchot PV menarik dan juga sekarang ni tengah adakan contest  Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan.. hadiah menarik tu.. jomlah join korang!

Ceritaita

Ulasan

  1. Wah Tahniah Ita, Murah Rezeki selalu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah selamat sampai.. semoga berterusan murah rezeki ko ita. betul tu, kalau mahukan sesuatu serba sedikit kenalah usaha juga kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...