Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) Assalamualaikum semua, korang pernah dengar tak pasal Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) satu ketika dulu? faham tak maksud program ni?  sejak dulu apa yang aku faham pasal program ni ialah ianya memberi peluang kepada yang bukan warganegara Malaysia untuk memiliki rumah di Malaysia sebagai aset..  Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) Bila dengar orang bukan warga negara boleh beli rumah ni aku mulanya ingat macam senang-senang je ke diorang ni beli rumah kat Malaysia.. rupanya lain.. Program MM2H di Malaysia ni sebenarnya dah bermula semenjak 2002 lagi.. dan sehingga Julai 2021 ada lebih 50 ribu permohonan MM2H yang diluluskan dan aktif merangkumi lebih 28 ribu prinsipal dan lebih 28 ribu tanggungan.. daripada jumlah ini terdapat 8 ribu peserta yang tidak pernah bermastautin di Malaysia..  Program MM2H ini dikira telah berjaya meransang ekonomi negara dengan pendapatan berjumlah RM11.89 billion iaitu secara kumul...

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke Tongmo?  Assalamualaikum semua, baru ni lepas kami berjalan-jalan kat Pantai Minyak Beku aritu kami teruskan perjalanan menyusuri jalan pantai terus menghala ke Muar.. saja la nak tengok apa yang ada di sepanjang jalan.. antaranya sebab kami dah termakan makanan yang tak berapa best.. jadi kami berhajat la nak cari makanan sedap yang lain.. Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?   Sambil berjalan tak berapa laju tu kami sambil la baca nama-nama parit yang ada di sepanjang jalan.. uniknya Johor ni kebanyakan kawasan akan guna nama parit.. maka banyaklah parit di Johor ni sebenarnya.. sampai la ke satu parit ni.. Kampung Parit Pecah tak jauh dari Parit Jawa.. lepas tu tetiba shah nampak ada ada satu gerai jual makanan.. terus dia tanya.. "eh bukan tu makanan yang selama ni sayang nak makan ke?" dia nampak bergayut macam gambar kat bawah ni la.. Gerai jualan Tong Mo di Muar Aku pun tanya balik.. "makanan apa bang?" .. te...

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie Assalamualaikum semua, dah lama tak join GA kan.. sejak akhir-akhir ni blogger yang buat GA pun dah agak kurang.. mungkin sebab fokus berblog memasing dah jauh berbeza dengan cara berblog sejak dulu.. tapi kadang-kadang aku buat juga GA untuk support kawan-kawan.. ada rezeki boleh menang hadiah.. ye tak?  Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie Kali ni nak join GA blog Mamapipie pulak.. kawan lama dan selamanya ni kita harus support.. syarat dia pun mudah je.. kalau korang rasa nak join pun boleh. tapi kena ingat tau.. hari ni dah hari terakhir.. jom tengok syarat dan hadiah dia.. Syarat penyertaan mudah aje: Terbuka kepada semua blogger di Malaysia. ~ Done Buat blog post bertajuk "Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. ~ Done Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai korang. ~ Done Wajib letak blog http://www.mamapipie.com d...

Anemia ketika mengandung

Assalamualaikum semua, baru ni ada la aku berborak dengan adik-beradik pasal isu anemia ketika mengandung.. boleh katakan rata-rata kami alami anemia waktu mengandung.. apa sebenarnya anemia ni? dan apa pulak anemia semasa hamil? macamana boleh kena anemia semasa hamil? Anemia Ketika Mengandung Anemia Ketika Mengandung ~ sumber facebook Apa dia Anemia? Ada banyak persoalan kan? sebenarnya anemia ni adalah keadaan berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah.. tu yang biasanya bila pergi pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung akan ada buat bacaan Hb ni kan? cara klinik buat ujian Hb untuk ibu mengandung ni ialah mereka biasanya akan ambil sampel darah dan hantar ke makmal untuk ujian Hb.. penting ya untuk tau ni.. sama penting untuk tau jenis darah dan rhesu s ..  Paras Normal Hb dalam darah Bacaan biasanya dinilai melalui paras bacaan Hb dalam darah.. jika bacaan di bawah 10.5 (g/dl) akan dikira sebagai menghadapi masalah dan ibu mengandung perlu dipantau.. biasan...

Berkelah di Pantai Minyak Beku

Berkelah di Pantai Minyak Beku Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada cerita pasal jalan-jalan di Pantai Minyak Beku di Batu Pahat kan? haa.. kali ni entri sambungan.. sebabnya hari tu macam dah serabut pulak nak tulis pasal berkelah di Pantai Minyak Beku ni bila tengok gambar terlampau banyak dalam satu entri tu.. jadinya aku cuma masukkan cerita sejarah Minyak Beku je la kat sana dan gambar pantainya yang cantik tu je.. Berkelah di Pantai Minyak Beku kat entri lama tu ada jugak aku cerita kisah ada kedai makan dan gerai-gerai menjual makanan kan? aku ada jugak sebut yang ada food truck kat area situ.. elok je ada tapak jualan yang disediakan.. rata-rata peniaga kat situ akan meniaga setiap hari katanya.. ni hasil dari aku bertanya dengan salah seorang peniaga kat situ la ni.. biasalah mulut terlebih ramah sikit.. Food truck di Pantai Minyak Beku kalau hari cuti umum biasanya akan lebih ramai kunjungan orang lebih dari hari biasa.. biasanya waktu ni peniaga pun akan lebih ramai la...

Girl's Day Out di DOOKKI Kluang

Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang Assalamualaikum semua, baru ni aku habiskan masa dengan satu-satunya anak perempuan kami kakak Husna.. kami makan-makan masa aktiviti Girl's Day Out kami di DOOKKI Kluang.. best bunyinya kan? percayalah ianya memang best  dan kami enjoy sangat-sangat hari tu.. Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang Kami pergi hari Jumaat baru ni 11/02/2022 sehari lepas perlancaran pembukaan cawangan DOOKKI  yang terbaru.. setakat ni cuma ada tiga je cawangan DOOKKI di Malaysia.. satu cawangan terdapat di Putrajaya, satu lagi ada cawangan adalah Johor Bahru dan terbaru dibuka ialah di Kluang.. Pagi tu dalam pukul 9 pagi kami dah bersiap nak pergi.. maklumlah aktiviti girl's day out kami yang pertama.. tapi sebab tau awal lagi sebab restoran ni akan buka jam 11 pagi jadinya kami buat keputusan nak makan sarapan dulu kat rumah.. tapi nampaknya ianya bukan keputusan bijak.. kami patut kosongkan perut seb...