Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 22 Julai 2011

sedih la..

salam semua,

baru je ingat nak rehat2 kejap sambil lelap2 mata ke.... tapi singgah kat blog lulu tadi baca cerita sedih pasal orang buang anak lagi.... alahai... diorang ni dah tak rasa apa dah kot...

adik ipar aku dah kawin dari tahun 2008 lagi masih tak de rezeki nak menimang anak... kalau dia baca berita camni mesti dia sedih.... baru ni pun dia ada cakap sesuatu kat aku dgn shah....

kata dia " kak, kalau kak tau ada sesiapa nak bagi budak baru lahir kat orang kak cakap kat ya boleh?"

alahai dik.... camne akak nak tolong dik.... aku cuma jawab insyallah... tapi aku nak tanya kat sapa?
ni la salah satu sebab aku tak mau bagitau pasal kandungan kali ni kat family... di sebalik kegembiraan kita pasti ada duka pada orang lain... maaf kalau entry aku semalam ada menyinggung kawan2 juga secara tak sedar...

jadi kalau antara korang2 yang tau ada orang yang nak bagi bayi baru lahir untuk dibagi terus bagitau kat aku k... kalau tak mau bagitau kat sini pun tak pe leh emailkan kat rozitaabdrahman@yahoo.com... untuk yg serius je ok.. Cerita menarik lain
This entry was posted in