apa yg kita nak... - Cerita Ita                                                             apa yg kita nak... Langkau ke kandungan utama

apa yg kita nak...

salam semua,

hari2 orang tanya apa yg kita nak... nak makan apa? nak minum apa..? nak buat apa? semua tentang apa yang kita nak.... tapi pernah tak kita yang ada anak2 tanya apa yang anak kita nak? aku rasa ada yang buat macam tu dan ada yang langsung tak pernah buat sebabnya.... senang... tak perasan yang anak kecik tu pun ada permintaan..... lagi satu sebab kuasa veto kita sebagai orang tua yang tak pernah nak mengaku kalah dengan anak....

adegan kat rumah aku kelmarin buat hati aku rasa sebak.... aku cerita bukan nak malukan suami atau cerita buruk pasal suami... kadang2 dalam tak sedar benda2 macam ni terjadi dan aku pun sama buat silap....cuma nak kongsi dengan semua sama ada yang dah ada anak.... yang akan ada anak satu hari nanti....

kelmarin, shah letak hp kat atas laci kecik kat tepi tv.... memang selalu dia buat macam tu... selama ni ok je... dia letak sekali dengan purse dia... datang pulak abg long nak ambik mainan tranformer dia kat sebelah laci tu... sambil tu tangan di gatal2 bukak laci sebelah... maka terjatuh la hp ayah di ke belakang tv..... terus budak tu kena sergah dengan shah... shah memang sangat garang dengan anak2.... dia angkat tangan je anak dah senyap... kesian aku tengok muka abg long..... dah la dia terperanjat hp ayah dia jatuh... kena sergah pulak lagi.... terkulat2 aku tengok.... aku jadi serba salah.... tak tau nak buat apa... diam dan tengok je la apa yang berlaku.....

tapi lepas shah dah sejuk tu aku cakap kat dia.... cara abg ni sama macam ceramah ustaz ismail kamus dulu pasal anak... ustaz ismail kamus pernah bagi ceramah yang abah aku selalu main tape dia kat rumah..... mak bapak selalu lupa tentang perasaan anak2 kerana mereka selalu fikir mereka selalunya betul....

beliau bagi contoh: kalau anak bawak air letak kat tepi rumah... ayah datang tersepak air tu.... ayah terus akan marah anak .... ayat dia lebih kurang mcm ni...
"kenapa la letak air merata2 ni...? kan orang dah terlanggar"....nampak macam salah anak kan?

macamana pulak kalau ayah yang bawak air letak kat tengah2 rumah dan anak tersepak air tu.... ayah akan marah lagi.... ayat dia lebih kurang camni pulak...
"air kat tengah2 dunia ni pun nak langgar.... mata letak kat mana?" ..... sekali lagi salah anak kan?

tapi sebenarnya salah siapa benda tu semua? siapa yang lebih berfikiran....? anak yang kecil atau mak bapak?

kalau mak bapak lebih berfikiran rasanya dia akan fikir yang betul dan letak sesuatu betul pada tempatnya.....

berbalik pada cerita aku kat atas tadi .... kalau shah sebagai ayah letak hp tu terus dalam laci tentu kejadian hp jatuh tak jadi kan?

jadi kawan2 sesama la kita renungkan ye.....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum