Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun

durian best!

salam semua,

ni taip entry cepat2 sebelum majlis bacaan yassin hari jumaat kat sini... sebenarnya nak cerita pasal durian yang kami beli di simpang sungai soi baru ni... baru je 2 hari lepas... kami sesaja tanya kat pakcik jual tu durian kawin bape sekilo... sekali dia kata rm7 sekilo... huhu... teruja dengar... jadi kami pun dengan bersemangat beli la dalam 2 biji...

bila dah beli tu timbul lak perasaan tamak haloba kan....? jadi terpikat lak dengan durian selonggok 3 biji rm10 pulak..yang ni durian kampung.... ambik pulak selonggok.... untuk anak2 yg tak makan durian pulak pakcik tu ada juga jual manggis... sekilo rm5... beli la barang sekilo...

bawak je balik rumah.... terus hantu durian ni ngadap... wah tak ingat dunia dah.... shah pegi mandi pasal baru lepas gunting rambut... anak2 tengah tengok tv.... ummi dia buat projek sesorang kat dapur...hehe....

k layan gambar ek...


ni gambar durian kawen tu...kuning2 isi dia..berbaloi2..


ni lak gambar durian kampung rm10 tu... amacam? ok tak?


ni pulak gambar penyebok dah awal sampai akhir..... dia paling anti durian ni... makan manggis hantu pulak tu...

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus